Belenciaga Menjual ‘Beg Selimut Toto’ Mewah Berharga RM12,000


Beg plastik selimut TOTO ialah artifak ikonik mereka yang tinggal di Malaysia. Jika ke Bukit Kayu Hitam atau Rantau Panjang, selimut TOTO wajib dibeli kerana ia adalah selimut paling selesa terutamanya bagi orang bujang yang tak mampu membeli tilam di rumah sewa. Harga jualan adalah sekitar RM50 untuk saiz Queen.
Tetapi jika anda merasakan beg plastik TOTO adalah tidak cukup stylo anda sebenarnya salah. Belenciaga, firma fesyen mewah dari Itali telah menghasilkan semula beg ini sebagai Blue Floral Blanket XL Leather Tote Bag.  Plastik digantikan dengan kulit berkualiti tinggi dari Itali lengkap dengan rekaan floral selimut TOTO yang ikonik.
Bagi mereka yang bermimat, beg ini boleh anda miliki pada harga £2,325 (~RM 12,000). Amat berbaloi dan stylo. Sesuai diletakkan di penthouse mewah di tengah-tengah kota Kuala Lumpur sebelum diserbu pihak SKMM.
 

Source

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *