Berjiwa ‘The Kopites’. Harry Wilson Pakai Tracksuit Liverpool Di Anfield Walaupun Bergelar Pemain Bournemouth

True fans, true player, true Kopites…mungkin itulah gambaran paling sesuai untuk pemain muda Bournemouth yang berstatus pinjaman, Harry Wilson.

Pemain sayap berusia 22 tahun itu menjadi perhatian penyokong bola sepak di media sosial kerana tetap memperagakan tracksuit -lambang kesetiaan – Liverpool ketika menghadiri perlawanan diantara pasukannya, Bournemouth dan juara eropah tersebut.

Wilson adalah produk akademi Liverpool dan menampilkan prestasi amat baik apabila dipinjamkan ke Bournemouth pada musim ini.

Tindkan Wilson itu mendapat respon yang positif daripada penyokong Liverpool yang teruja melihat kesetiaan pemain antarabangsa Wales tersebut.

Namun perkara sebaliknya difikirkan oleh segelintir penyokong Bournemouth yang berpendapat ianya tidak sepatutnya berlaku sedemikian.

Bercakap kepada BT Sport menjelang perlawanan di Anfield pada hari ini, Wilson berkata:

“Saya merasakan saya perlu memutuskan sesuatu pada musim panas nanti. Dua tahun bermain secara pinjaman sebelum ini memberikan hasil yang baik,” ujar beliau ketika mengulas masa depan bersama juara eropah itu.

“Bersama Bournemouth, ianya juga amat positif. Saya beraksi di Premier League, dan itulah sasaran kerja keras saya.

“Pada musim panas, fokus akan kepada Wales [di Euro 2020]. Apabila ianya selesai, maka tiba masanya saya perlu memutuskan sesuatu.

Dalam perlawanan sebentar tadi gol jaringan Mohamed Salah dan Sadio Mane cukup untuk membantu Liverpool menewaskan Bournemouth di Anfield.

Kemenangan tersebut memberikan tiga mata berharga kepada Liverpool yang kini hanya memerlukan tiga kemenangan sahaja lagi untuk menamatkan kemarau 30 tahun kejuaraan liga.

Skuad kendalian Jurgen Klopp terlebih dahulu ketinggalan oleh jaringan Calum Wilson, sebelum bangkit mendahului. Kesemua jaringan dihasilkan pada babak pertama perlawanan.

Source link
Berjiwa ‘The Kopites’. Harry Wilson Pakai Tracksuit Liverpool Di Anfield Walaupun Bergelar Pemain Bournemouth

Add a Comment

Your email address will not be published.