Bila Kerajaan Enggan Guna Kuasa Pantau Tahfiz, Peguam Macam Saya Hanya Mampu Bebel..


SEMASA | Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan satu insiden buli yang berlaku di Pahang. Kejadian yang berlaku di Pusat Tahfiz itu dan melibatkan mangsa yang baru sahaja berusia 7 tahun menyebabkan ramai pihak menyuarakan ketidakpuasan hati mereka di saat membaca berita.Antara respon yang dizahirkan oleh netizens adalah seperti berikut;”Baru 7 tahun dah hantar tahfiz. Mak bapa jenis ni,” – Syazliana.”Dah bodoh tak pandai jaga nak beranak. Lepas tu hantar tahfiz lepas tangan,” – Ahmad Zahid.”Aku dah kata, tahfiz ni kena kawal. Kerajaan nak tunggu berapa ramai jadi mangsa? Mentang-mentangla anak orang melayu Islam. Cuba kalau anak cina? Sial,” – Nasa'i.”Mati lagi. Warden dia perangai macam warden Zulfarhan ke? Jenis dah teruk baru nak datang bantu,” – Fitri.”Pelikla. Tak dengar pula anak cina anak india kena bunuh, dera, buli, rogol, liwat. Dorang lagi la makan babi, seks bebas, minum arak. Orang Islam ni kebanyakan hati kotor. Perbuatan tak seiring pemikiran,” – Pok Chem.”7 tahun???? Mak bapa dia ni mental ke? 7 tahun hantar tahfiz buat apa? Nak kejar sangat syurga jangan gunakan anak-anak kau tu la. Kau jela masuk tahfiz. Sampah,” – Ateeqah.”Ramai komen marah-marah. Memang patut pun. Perkara ni ulang-ulang jadi. Zaman BN ke zaman PH ke. Nyawa orang melayu takde nilai,” – Zeck.”Satu je aku nak komen. Dulu yang bising-bising kat Mujahid sebab nak pastikan semua tahfiz berdaftar dan ikut peraturan ketat pergi mana? Dah mampos ke?,” – Jalil Jalil.”Sedihnya. Akak dah 25 tahun kahwin. Belum ada zuriat dari perut sendiri. Yang ini pun dapat dari adik ipar. Syukur sangat-sangat. Bagi akak anak ini lagi bagus. Boleh buat kawan dengan Ameer,” – Azizah Nur.Selain itu, di Facebook, peguam yang terkenal dengan kelantangannya bersuara, Asiah Abd Jalil memberikan pandangannya sepatah dua.Oleh : Asiah Abd Jalil Pelajar tahfiz berusia 7 tahun maut dibelasah di sebuah sekolah tahfiz tidak berdaftar di Temerloh.Bila ada saja berita berkaitan sekolah tahfiz, nama saya akan di-tag sana sini. Seolah-olah saya ni ada kuasa untuk bertindak melakukan sesuatu.Mungkin kerana penglibatan saya dalam kes buli seksual di Maahad Tahfiz Al Barakah, Ipoh sebelum ini. Masyarakat ingat peguam ada super power untuk mencegah kejadian seumpama ini dari berlaku dan terus berlaku.Saya ingin jelaskan bahawa peguam sebenarnya tiada kuasa. Yang ada kuasa ialah pemerintah. Pemerintah ialah kerajaan. Kerajaan termasuklah kementerian, jabatan, agensi dan sistem keadilan jenayah, seperti polis.Yang berkuasa untuk regulate pusat-pusat tahfiz ialah kerajaan. Bila pusat-pusat tahfiz tumbuh macam cendawan, tanpa mekanisme pentadbiran dan pemantauan oleh kerajaan, maka bila berlaku sesuatu jenayah atau tragedi, kerajaan yang patut mengambil tanggung jawab.Bagi peguam, bila berlaku insiden tidak diingini di pusat tahfiz, apa yang peguam mampu lakukan bagi pihak keluarga mangsa adalah terhad.Di bawah undang-undang jenayah, peguam tidak boleh paksa polis ambil tindakan, tidak boleh paksa pihak pendakwaan untuk mendakwa dan tidak boleh tentukan hukuman apa yang patut dikenakan.Di bawah undang-undang sivil pula, untuk peguam menyaman pusat tahfiz misalnya, banyak faktor perlu diambil kira. Adakah pusat tahfiz mampu bayar pampasan? Tanpa bantuan polis atau perintah mahkamah, mudahkah untuk memperolehi bukti di tempat kejadian?Lebih-lebih lagi jika pusat tahfiz tersebut tidak berdaftar. Tentu sekali Jabatan Agama Islam Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia akan lepas tangan tanpa vicariously liable.Jadi sebenarnya bukan peguam yang patut anda tag. Cuba tag pemimpin-pemimpin politik kita. Sebagai kerajaan, apa yang kerajaan buat untuk memantau pusat tahfiz?Apa yang kerajaan buat untuk mencegah jenayah di pusat tahfiz? Apa yang kerajaan buat bila kejadian malang berlaku di pusat tahfiz? Apa yang kerajaan buat bila aduan demi aduan dilaporkan tentang pusat tahfiz?Kerajaan ada kuasa. Peguam tiada kuasa. Bila kerajaan enggan guna kuasa yang ada, peguam hanya mampu membebel. Macam yang saya tengah buat sekarang. – 11 November 2019.

Add a Comment

Your email address will not be published.