Bruno A+, Maguire Kental, Ini Laporan Prestasi 5 Pemain Baharu Man Utd Musim Ini

Sejak Manchester United dikendalikan oleh pengurus dari Norway Ole Gunnar Solksjaer, lima pemain baharu telah dibawa masuk setakat ini. Dua daripada pemain tersebut adalah pemain pertahanan, dua pemain tengah, dan seorang penyerang.

Sejak dilantik sebagai pengurus tetap Manchester United, Solksjaer menggariskan falsafahnya dalam mencari pemain yang sesuai dengan kelab.

Antara perkara yang digasriskan dan menjadi keutamaan, pemain itu haruslah pemain muda yang dahagakan kejayaan.

Saksikan momen-momen penting skuad Ole Gunnar Solksjaer tumbangkan juara bertahan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford di sini.

Posted by Grandstand Kita on Sunday, 8 March 2020

Keutamaan juga adalah kepada pemain berbangsa Inggeris, versatile, dan mampu menyumbang kepada kelab untuk sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang.

Tujuannya ialah untuk merevolusikan skuad Manchester United secara menyeluruh, dengan melahirkan kelompok pemain sebagai asas kekuatan dan membina sebuah pasukan yang mampu bertahan sekurang-kurangnya sedekad.

Harapannya sudah pasti untuk kembali mendominasi bola sepak Inggeris dan Eropah di dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang.

Sehingga kini, Manchester United telah berbelanja hampir £200 juta untuk memperkuatkan skuad musim ini. Bagaimanakah prestasi mereka setakat ini.

Daniel James (Grade: C+)

Daniel James menjadi pemain pertama yang dibawa masuk oleh Solskjaer dengan nilai £15 juta daripada Swansea.

Pemain sayap ini dipandang tinggi dan dicadangkan oleh legenda United sendiri, Ryan Giggs yang telah lama memantau perkembangan pemain ini bersama Wales.

Idea membawa masuk James ialah untuk memperkuatkan bahagian sayap kanan. United tidak pernah memiliki seorang pemain sayap kanan klasik sejak Antonio Valencia – yang kemudiannya beraksi sebagai bek kanan.

Sejak menyertai United, James telah beraksi 33 perlawanan kompetitif pada musim ini. Lima daripadanya adalah sebagai pemain gantian. Kelebihan utama James ialah kemampuannya beraksi di kedua-dua posisi sayap.

Beraksi di sebelah kanan, hantaran kaki kanannya cukup berbahaya untuk menghasilkan bantuan gol kepada barisan penyerang, khususnya Marcus Rashford. Di sebelah kiri,

Analisis ringkas Gary Hardin Lugard tentang Dan James.Apa kata fans United. Adakah anda rasa ini adalah best signing United musim ni? Ke lelaki Kelate, Wan Bissaka?

Posted by Axello Tacts on Wednesday, 13 November 2019

James pula akan beraksi sebagai inverted winger yang membolehkan beliau menjaringkan gol. Sehingga kini, pemain berusia 22 tahun ini telah menyumbangkan tiga gol.

Sekarang ni Grandstand Kita bagi C+. James melalui permulaan yang bagus, tetapi harus diakui pemain ini masih mempunyai banyak aspek untuk dibangunkan seperti fizikal. Tempoh 2-3 tahun akan datang adalah tempoh penting dalam pembangunan pemain ini.

Aaron Wan-Bissaka (Grade: B-)

Ketibaan Daniel James di Old Trafford kemudiannya disusuli oleh bek kanan Aaron Wan-Bissaka dari Crystal Palace yang tiba dengan harga £50 juta.

Sejak diumumkan sebagai pemain baharu di Old Trafford, Wan-Bissaka pantas menjadikan posisi tersebut menjadi miliknya. Aspek bertahan adalah kekuatan utama pemain ini.

Beraksi di dalam 25 perlawanan EPL setakat ini, Wan-Bissaka melakukan purata 3.6 terjahan, dan 2 pintasan untuk setiap 90 mint perlawanan, menjadikan beliau antara bek kanan yang paling sukar ditembusi di EPL.

Namun sebagai seorang bek kanan, aspek bertahan bukan satu-satunya attributes yang perlu dikuasai oleh Wan-Bissaka. Hari ini peranan seorang pemain bek yang mampu membantu serangan adalah sesuatu keperluan.

Ini adalah aspek yang perlu ditambah baik oleh pemain ini. Sehingga kini, Wan-Bissaka telah menghasilkan dua assist, dan belum menjaringkan gol untuk United.

Namun tidak dinafikan Wan-Bissaka sering kelihatan melakukan larian di sebelah sisi dalam perlawanan. Aspek hantaran adalah salah satu perkara yang perlu diperbaiki lagi oleh pemain ini. Setakat ini, B-.

Harry Maguire (Grade: A-)

Pelaburan tertinggi datangnya daripada pemain pertahanan tengah England, Harry Maguire daripada Leicester City – dengan nilai rekod dunia £80 juta.

Tidak dapat dinafikan kehadiran Maguire telah memberikan lebih stabiliti kepada bahagian pertahanan United pada musim ini.

Sebagai perbandingan, United hanya dibocori dengan purata 1.07 perlawanan pada musim ini.

Pada musim lalu, United tanpa Maguire dibocori dengan purata 1.4 gol.

Prestasi bahagian pertahanan Manchester United mungkin lebih baik jika tidak kerana tujuh golm yang dilepaskan akibat kesilapan oleh penjaga gol.

Ketika membawa masuk Maguire, United bukan sahaja mendapat seorang pemain pertahanan yang boleh dipercayai Lebih daripada itu, pemain berusia 26 tahun ini juga adalah seorang pemimpin di atas padang.

Keupayaan beliau membantu bahagian serangan sebagai seorang ‘ball playing center back’ turut merupakan satu kelebihan. Kami percaya Maguire mempunyai masih banyak kemampuan untuk ditawarkan bersama United pada musim-musim mendatang.

Bruno Fernandes (Grade: A+)

Pada jendela perpindahan Januari, United mengumumkan ketibaan pemain tengah daripada Portugal, Bruno Fernandes daripada Sporting Lisbon dengan nilai £47.

Nilai tersebut boleh meningkat sehingga £67 juta bergantung kepada pencapaian kelab dan pemain itu secara individu.

Sekiranya trend prestasi terkini terus ditampilkan oleh beliau, maka United semakin pasti perlu menambah perbezaan £20 juta ini satu hari nanti.

Baru kau tau apa benda yang serius dan benda boleh buat main kan?😆😅🤭

Posted by Grandstand Kita on Saturday, 7 March 2020

Setakat ini Fernandes telah menjaringkan 3 gol dan turut menghasilkan 3 assist dalam enam perlawanan untuk United. Tetapi sumbangan pemain ini lebih daripada hasil yang ditampilkan di atas padang.

Mentaliti, sikap profesional, dan sentiasa dahagakan kejayaan adalah aspek yang turut dibawa oleh Fernandes ke Old Trafford.

Apa ayng ditampilkan dari enam perlawanan lalu – termasuk kemenangan menentang Man City – hanya sekilas apa yang pemain 25 tahun ini miliki.

Aura menda ni Maguire cakap? Aura Kame Hame Ha?😅

Posted by Grandstand Kita on Monday, 9 March 2020

Kami yakin masih banyak perkara beliau mampu tawarkan untuk United pada masa hadapan.

Berapa pun nilai yang dibayar oleh United kepada Sporting Lisbon untuk pemain ini, ia tetap berbaloi.

Odion Ighalo (Grade B)

Melengkapkan senarai pemain baru United pada musim ini adalah penyerang antarabangsa Nigeria, Odion Ighalo yang tiba secara pinjaman daripada kelab China, Shanghai Shenhua.

Dari segi komitmen sumbangan Ighalo tidak perlu diragukan. Ini kerana penyerang berusia 30 tahun ini adalah seorang penyokong Manchester United sejak zaman kanak-kanak lagi.

Antara kejutan pada hari terakhir jendela perpindahan. Memang peminat MU sungguh ni.😅

Posted by Grandstand Kita on Friday, 31 January 2020

Ighalo dikhabarkan sanggup menerima potongan gaji demi memastikan perpindahan ke United boleh direalisasikan.

Prestasi beliau bersama United turut tidak mengecewakan apabila telah menghasilkan tiga gol – 2 di Piala FA, 1 di Liga Europa.

Jika terus beraksi dengan cemerlang, cabaran utama Ighalo ialah untuk meyakinkan pengurusan tertinggi United untuk menawarkan kontrak secara tetap kepada beliau.

Prestasi beliau bersama United setakat ini telah mendiamkan pengkritiknya.

Penutup

Apa pula pendapat anda mengenai pencapaian pemain-pemain baharu United pada musim ini. Satu perkara yang pasti lima pembelian di bawah kendalian Solksjaer boleh dianggap berbaloi.

Siapakah pemain yang harus dibawa masuk pada jendela perpindahan musim panas akan datang? Posisi mana yang harus menjadi keutamaan oeh United untuk diperkuatkan?

Mampukah Manchester United bangkit semula sebagai pencabar pada musim hadapan?

 

Source link
Bruno A+, Maguire Kental, Ini Laporan Prestasi 5 Pemain Baharu Man Utd Musim Ini

Add a Comment

Your email address will not be published.