Bruno Bawa Aura Luar Biasa – Kapten Maguire

Kapten pasukan, Harry Maguire percaya Bruno Fernandes mempunyai aura yang menjadi inspirasi kepada rakan sepasukan lain di dalam pasukan untuk beraksi lebih baik lagi.

Prestasi keseluruhan United meningkat secara mendadak sepanjang Februari, sejak ketibaan Fernandes pada jendela perpindahan Januari lalu daripada Sporting Lisbon.

Saksikan momen-momen penting skuad Ole Gunnar Solksjaer tumbangkan juara bertahan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford di sini.

Posted by Grandstand Kita on Sunday, 8 March 2020

Dalam perlawanan pada awal pagi tadi, Fernandes sekali lagi tampil menghasilkan assist untuk gol pembukaan oleh Anthony Martial.

Ini bermakna Fernandes sudah memiliki tiga gol dan tiga assist dari enam perlawanan sejak tiba di United.

Maguire juga percaya United boleh beraksi lebih baik, terutama dari segi penguasaan bola.

Namun Maguire yang juga salah seorang pemain yang dibawa masuk oleh Solksjaer tidak boleh mengelak menghamburkan pujian terhadap Fenandes dan impaknya kepada pasukan.

Fernandes dan seorang lagi pemain, Odion Ighalo – kedua-duanya tiba pada jendela perpinahan Januari – beraksi dengan baik dalam perlawanan menentang City.

” Di bahagian pertahanan, kita amat kuat dan ia sepatutnya lebih daripada 1-0 pada separuh masa pertama,” kata Maguire kepada Sky Sport selepas perlawanan.

“Pada babak kedua kita bertahan agak rendah, tetapi melakukannya dengan baik selaku sebuah pasukan dan selayaknya memperolehi kemenangan ini.”

Ditanya mengenai peningkatan prestasi dan transformasi pasukan yang menyaksikan United tidak tewas dalam 10 perlawanan, Maguire tidak teragak-agak memuji Fernandes.

“Kemenangan akan menanam keyakinan,” tambah Maguire.

“Kami percaya kami boleh pergi lebih jauh selepas kemenangan ini. Kami juga mampu menghasilkan sesuatu dengan baik apabila memiliki penguasaan bola.

“Anda semua boleh lihat bagaimana ia dilakukan sejak Bruno tiba di sini. Beliau mempunyai personaliti yang besar dan aura juga aura luar biasa.”

 

Source link
Bruno Bawa Aura Luar Biasa – Kapten Maguire

Add a Comment

Your email address will not be published.