Bruno Fernandes Beri Pandangan Ikhlas Buat Kali Pertama Mengenai Solksjaer

Bruno Fernandes buat kali pertama memberikan pandangan beliau mengenai pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer ketika ditemuramah oleh Sky Sports baru-baru ini.

Fernandes menyesuaikan diri dengan baik di United sejak tiba dari Sporting Lisbon pada jendela perpindahan Januari lalu.

Malah Solksjaer sendiri turut memuji impak yang telah diberikan oleh Fernandes kepada pasukan – yang tidak tewas 11 perlawanan sejak Februari lalu.

Menurut pemain tengah dari Portugal itu, Solksjaer adalah seorang pengurus dan jurulatih yang mementingkan kesempurnaan dan keperincian di dalam setiap perkara.

“Sukar untuk menilai [Solksjaer] kerana saya baru berada di sini selama sebulan.” kata Fernandes membuka bicara.

“Tetapi pada saya beliau adalah jurulatih yang sentiasa berhati-hati dan mementingkan keperincian.

“Itu adalah antara perkara yang penting kerana ia adalah aspek yang mengubah bola sepak, iaitu untuk melihat kepada keperincian.

“Ramai jurulatih yang bagus pada hari ini. Mereka melihat dan memerhati kerja satu sama lain, dan bola sepak menjadi semakin rumit.

“Hari ini kita ada video. Kerana itu setiap pasukan akan tahu di mana anda akan menghantar bola, di mana perlu melakukan pressing untuk terus menekan anda.

“Pada pendapat saya, beliau sangat bagus dalam melakukan perkara ini, dan beliau sendiri adalah bekas pemain bola sepak.

“Jadi beliau juga tahu bila perlu untuk bercakap kepada pemain, bila perlu memberikan kata-kata untuk membuatkan anda memberi lebih lagi dalam perlawanan.

“Saya berpendapat apabila anda mempunyai pengalaman di dalam bola sepak [seperti Solksjaer], anda akan mempunyai lebih banyak pengalaman.

“Tetapi ada kalanya ada juga jurulatih yang tidak mempunyai latar belakang sebagai pemain dan tahu melakukan perkara yang sama.

“Jadi ia bergantung kepada jurulatih itu sendiri, tetapi Ole [Solksjaer] sangat berhati-hati dalam setiap perkara ini.

“Beliau mahukan kesempurnaan, tetapi itu adlaah mustahil. Maka dia akan sentiasa mencuba untuk mengerah lebih banyak potensi dari kami.”

Fernandes juga percaya Solksjaer telah memainkan peranan penting untuk memastikan dirinya cepat menyesuaikan diri dengan pasukan barunya.

Sehingga kini, Fernandes telah menjaringkan tiga gol, dan menghasilkan 4 assist dari lapan perlawanan di semua pertandingan.

“Seorang jurulatih mempunyai peranan penting kepada mana-mana pemain baharu,” tambah Fernandes.

“Ia amat penting buat saya kerana anda memerlukan keyakinan dari jurulatih. Ia adalah perubahan besar apabila datang ke negara lain, ke kelab yang besar, bersama-sama pemain ternama yang lain.

“Jurulatih memainkan peranan penting ketika saya baru tiba di sini. Tetapi lebih daripada itu adalah rakan sepasukan, kerana anda memerlukan keyakinan dari mereka.

“Ia akan membuatkan anda lebih selesa dan memudahkan anda.”

 

Source link
Bruno Fernandes Beri Pandangan Ikhlas Buat Kali Pertama Mengenai Solksjaer

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *