“Bukan Berlagak Diva…” – Rita Rudaini Tak Sanggup ‘Tua’ Sebelum Waktu

Bukan mahu berlagak Diva, pelakon Rita Rudaini tidak kisah sekiranya tawaran lakonan berkurangan apabila menolak untuk membawakan watak wanita berusia atau ibu yang mempunyai anak dewasa.

BACA : “Lelaki Itu Ada Menghubungi Saya Dan…” – Netizen Fitnah Rita Rudaini Sudah Munculkan Diri

Pelakon berusia 43 tahun itu menjelaskan dia bukan berlagak ‘diva’ apabila enggan menjayakan watak sedemikian, sebaliknya mahu drama lakonannya realistik di mata penonton.

“Memang ada produksi yang menawarkan saya membawa watak wanita berusia, tetapi saya terpaksa tolak. Bukan berlagak atau bersikap ‘demanding’, tetapi bagi saya, ia tidak logik.

“Saya tidak mahu apabila melihat lakonan sendiri di skrin, ia kelihatan tidak realistik. Jadi, lebih baik saya tolak daripada melakonkan watak sedemikian.

“Saya juga tidak akan menerima watak ibu yang mempunyai anak dewasa. Sekalipun berlakon, saya perlu fikir sama ada ia logik atau tidak di mata penonton.

“Saya hanya akan melakonkan watak ibu yang mempunyai anak dalam lingkungan usia 8 hingga 10 tahun. Paling tidak, usia remaja kerana jika lebih daripada itu, saya akan tolak,” – jelas Rita Rudaini kepada Berita Harian.

Menurut Rita, pendirian itu sudah lama dipegang, malah dia berhati-hati memilih tawaran kerana enggan diberikan karakter stereotaip dan setiap kali menerima tawaran, Rita akan terlebih dahulu meneliti sinopsis, pengarah dan barisan pelakon.

The post “Bukan Berlagak Diva…” – Rita Rudaini Tak Sanggup ‘Tua’ Sebelum Waktu appeared first on TEHPANAS.

 

Add a Comment

Your email address will not be published.