Bukan Kerana Sombong Tak Bersalam, Tetapi Ronaldo Sebenarnya Kecewa

Cristiano Ronaldo gagal tampil sebagai inspirasi kepada Juventus apabila kelab Turin tersebut tewas 3-1 kepada Lazio di Piala Super Itali  pada awal pagi tadi.

Bintang bola sepak dari Portugal itu telah meraih pelbagai pingat kemenangan sepanjang kariernya. Tetapi kami yakin medal naib juara Piala Super Itali yang diraih beliau bersama Juventus tidak akan berada di dalam kabinet.

Pada upacara penyampaian pingat dan piala kemenangan selepas perlawanan yang dilangsungkan di Riyadh, Arab Saudi itu, Ronaldo kelihatan menanggalkan terus pingat yang dikalungkan padanya.

Tindakan tersebut menyebabkan beliau seolah-olah tidak mengendahkan tangan yang dihulur oleh salah seorang VIP untuk bersalaman dengan beliau.

Sebenarnya perkara tersebut dilakukan tanpa rasa sengaja oleh Ronaldo. Anda boleh lihak aksi Ronaldo melalui video di bawah:

Mungkinkah tindakannya kurang pantas ketika menanggalkan pingat menyebabkan Ronaldo terlepas pandang tangan VIP tersebut?

Satu perkara yang pasti Ronaldo jelas tidak gembira tewas kepada Lazio. Ini bukan perkara yang menghairankan.

Pemenang gelaran Ballon d’Or sebanyak lima kali yang berhijrah dari Real Madrid untuk menyertai Juventus pada 2018 itu telah memenangi 14 perlawanan akhir berturut-turut sebelum ini.

Namu rekod tersebut akhirnya lebur di tangan Lazio. Bagi seorang atlet yang sudah biasa dengan kemenangan, kekalahan sebegini sudah pasti menjadi perkara yang mengecewakan.

Tetapi mentaliti pemenang sebeginilah yang menjadikan pemain seperti Ronaldo untuk menjadi antara pemain terbaik di dunia pada hari ini.

Berikut adalah 14 trofi yang dimenangi oleh Ronaldo sebelum ini:

2014 Copa del Rey final (Real Madrid)

2014 Champions League final (Real Madrid)

2014 UEFA Super Cup final (Real Madrid)

2014 FIFA Club World Cup final (Real Madrid)

2016 Champions League final (Real Madrid)

UEFA Euro 2016 final (Portugal)

2016 FIFA Club World Cup final (Real Madrid)

2017 Champions League final (Real Madrid)

2017 UEFA Super Cup final (Real Madrid)

2017 Supercopa de Espana (Real Madrid)

2017 FIFA Club World Cup final (Real Madrid)

2018 Champions League final (Real Madrid)

2018 Suppercoppa Italiana (Juventus)

2018-19 UEFA Nations League final (Portugal)

Source link
Bukan Kerana Sombong Tak Bersalam, Tetapi Ronaldo Sebenarnya Kecewa

Add a Comment

Your email address will not be published.