Cara Bayar Bil UniFi Dan Streamyx Online


Cara Bayar Bil UniFi Dan Streamyx Online bagaimana? Check dekat telefon bimbit je boleh ke?

Cara Bayar Bil UniFi Dan Streamyx Online ni sebenarnya senang je. Pada zaman serba canggih ni, banyak cara dan kemudahan di hujung jari untuk memudahkan urusan anda. Dalam entri kali ini Lebih Info  berkongsi Cara Bayar Bil UniFi Dan Streamyx Online

Cara Bayar Bil UniFi Dan Streamyx Online

Baca dan Semak Baki Cara Bayar Unifi Dan Streamyx Online.

TM UniFi

UniFi adalah rangkaian fiber TM menggunakan gentian optik untuk menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi, telefon dan IPTV ke premis pelanggan.

TM Unifi menggunakan teknologi Gigabit Passive Optic Network atau GPON, Ia merupakan internet jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB: High Speed Broadband) generasi baru.

TM Streamyx

Streamyx ialah sebuah perkhidmatan Internet jalur lebar talian tetap yang paling dominan di Malaysia yang disediakan oleh Telekom Malaysia (TM Bhd).

Semak Dan Bayar Bil Streamyx Atau UniFi  Online

Mungkin masih ada yang tidak tahu macam mana nak semak bil Telekom Malaysia (TM) berkaitan bil telefon, bil internet Streamyx dan Unifi, ikuti langkah-langkah berikut.

Senang je, sebenarnya!

Portal Unifi

Kini segala semakan bil termasuklah servis kemudahan pembayaran bil secara online harus dibuat melalui portal Unifi yang baru.

Jangan lupa untuk lakukan pengesahan alamat emel pula lepas tu. Sebab kalau tak, tak sampai la bil ke emel. Dah satu kerja pula..

Dengan sistem baru ini, bill bulanan internet anda akan dihantar ke alamat email anda dalam bentuk PDF.

Semak Dan Bayar Bil Streamyx Atau UniFi Portal UniFi

Daftar atau login dulu di laman web Unifi sebelum mendapatkan akses penuh ke portal tersebut. Klik SINI

Langkah 1: Untuk pendaftaran pertama anda perlu masukkan nama penuh dan alamat email anda.

Anda juga boleh membuat pendaftaran pertama melalui Facebook atau Google.

Cara Bayar Bil UniFi Dan Streamyx Online

 

Langkah 2: Lepas dah daftar apa lagi, Login la hehe

Cara Bayar Bil UniFi Dan Streamyx Online

 

Setelah selesai, anda boleh login mengikut sistem login yang anda gunakan ketika membuat pendaftaran pertama tadi.

Semak Bil Streamyx Atau UniFi Portal UniFi

 

Cara Bayar Bil UniFi Dan Streamyx Online


Daripada paparan di atas, anda dapat melihat bil internet yang perlu anda bayar di ‘Total Amount

Kalau anda nak semak butiran lengkap mengenai bil TM, sama ada bil telefon, streamyx mahupun Unifi,

Anda hanya perlu klik pada ‘BILL DETAILS’ di kotak ‘BILLING’.

Bayar Bil Streamyx Atau UniFi Portal UniFi

Nak bayar bil TM secara online? Pun boleh… Macam mana?

Senang je, anda klik pada butang jingga ‘PAY NOW’ ataupun daftarkan diri untuk autopay bill, Ia akan paparkan semua servis yang anda langgan menerusi TM.

Semak Dan Bayar Bil UniFi Online Mobile Unifi App

Anda perlu download Mobile Unifi App ini di AppStore (iOS) atau Google Play (Android) sekarang untuk menikmati servis yang disediakan.

Semak Bil UniFi Online Melalui Mobile Unifi App

Dengan ini anda boleh semak baki bil internet anda di mana sahaja.

Cara Bayar Bil UniFi Dan Streamyx Online

Bayar Bil UniFi Online Melalui Mobile Unifi App

Selesai sahaja anda memilih saluran untuk pembayaran perbankan online anda, klik pada butang ‘PROCEED’ dan siap! Mudah sahaja kan?

Nak bayar online ni, anda boleh bayar semua atau separuh sahaja daripada servis yang anda langgan.

Terpulang kepada anda, macam mana anda nak bahagikan cara pembayaran bil anda itu.

Perkhidmatan Lain Mobile Unifi App

Menggunakan Mobile Unifi App, anda juga boleh mendapatkan maklumat seperti berikut:

  1. Maklumat servis yang sedang anda langgan
  2. Baki yang perlu dibayar
  3. Tarikh akhir pembayaran
  4. Sejarah bil
  5. Sejarah pembayaran

Bayar Bil Streamyx Atau UniFi Online Melalui JomPAY

JomPAY merupakan sebuah perkhidmatan yang membolehkan pembayaran bil dibuat dengan sokongan lebih 40 bank di Malaysia.

Ia bertindak sebagai agensi yang mengumpulkan syarikat perniagaan supaya pengguna dapat membayar bil mereka secara atas talian tanpa perlu ke kaunter.

Untuk menggunakan JomPAY anda kena ada tiga benda,iaitu:

  1. Perbankan internet (internet banking), Maybank2u, CIMBClick etc
  2. Kod bil atau biller code institusi/penyedia perkhidmatan – TM
  3. Nombor akaun anda.

Langkah Bayar Bil Streamyx Atau UniFi Online Melalui JomPAY

  1. Pergi ke Perbankan internet (internet banking), Maybank2u, CIMBClick etc
  2.  Klik menu JOMPAY
  3.  Kemudian masukkan No. Akaun UniFi/Streamyx anda pada Ref – 1: Account number
  4. Masukkan Kod bill
  5. Kalau anda pakai UniFi Kod Bil: 8888(unifi)
  6. Kalau anda pakai Streamyx Kod Bil: 2345 (Streamyx and telephone)

Senang gila kan?

Kesimpulan Cara Bayar Bil UniFi Dan Streamyx 

Semoga perkongsian diatas ini dapat membantu anda Cara Bayar Bil UniFi Dan Streamyx Online supaya boleh semak saman dan bayar bil secara Online.

Artikel Cara Bayar Bil UniFi Dan Streamyx Online yang kami sertakan dalam entri bolehlah digunakan sebagai petunjuk untuk membuat semakan dan bayaran bil secara online.

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya dan selamat menyemak!



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.