Cara Mudah Recover Semula Password di Chrome


Cara Mudah Recover Semula Password di Chrome bagaimana? Boleh ke nak recover atau dapatkan semula walaupun dah lupa?

Lebih Info akan kongsikan maklumat berkenaan Cara Mudah Recover Semula Password di Chrome dengan mudah dan pantas. Panduan ini khas buat anda yang selalu terlupa password atau katalaluan anda.

Cara Mudah Recover Semula Password di Chrome

“Adoi, lupa pula password FB. Tak boleh nak baca page KRT” Kata Mak Cik Salbiah pada dirinya sendiri.

Baca dan dapatkan semula password anda dengan Cara Mudah Recover Semula Password di Chrome.

Google Chrome

Google Chrome ialah pelayar web keluaran Google yang menggunakan enjin susun atur dan kerangka aplikasi WebKit.

Chrome julung kalinya dikeluarkan sebagai versi beta untuk Microsoft Windows pada 2 September 2008, disusuli keluaran stabil awamnya pada 11 Disember 2008.

Namanya berasal dari bingkai antara muka pengguna grafik pelayar web yang dipanggil “krom”. Tepat pada Januari 2012, Chrome ialah pelayar web kedua terbanyak penggunaannya, dengan mencatat 25-28% dari penggunaan pelayar web seluruh dunia.

Popular kan? Entah-entah anda mohon PTPTN atau Daftar MUET pun pakai pelayar atau browser Chrome ni. Hehe.

Lupa Katalaluan/Password

“Alamak, lupa pula password! Macam mana ni, nak kena reset password semula ke?”

Anda mempunyai masalah yang sama? Rileks. jangan risau.

Terdapat satu cara mudah untuk anda dapatkan kembali kata laluan atau password anda. Anda boleh cuba ini dulu sebelum reset password.

Simpan Katalaluan/Password

Kebiasaannya bila kita mengakses ke mana-mana akaun menggunakan laptop atau PC kita sendiri, akaun kita dan bukan milik orang lain, kita akan  ‘save password’ dan ‘remember me’ bila masuk dalam mana-mana akaun.

Kan? Dan selalunya bila nak log masuk lagi lain kali, username dengan password dah ada, cuma nak tekan je log masuk je.

Kan?

Kelebihan ‘Save Password’

Cara Mudah Recover Semula Password di Chrome

 

Ha, inilah salah satu fitur atau kelebihan yang cukup membantu. Dengan menggunakan fitur ini, anda dah tak payah susah-susah mengisi kembali ruang username serta password setelah anda memilih untuk menyimpan password dan username anda pada saat pertama kali anda log masuk ke suatu website, contohnya seperti Facebook, Twitter, mahupun youtube.

Fitur ni saja-saja ke?

Tidak.

Dengan memilih menyimpan password dan username anda pada pertama kali sobat log masuk ke sesuatu website, anda juga akan dapat melihat password serta username anda di sesuatu website itu ketika anda lupa.

Yelah, dalam dunia ni banyak sangat benda nak ingat, kan? hehe.

Langkah Mudah Recover Semula Password di Chrome

Tapi walaupun anda dah save password, kadang-kadang mesti hilang juga kan? Yelah, time reset Browser, atau masa anda delete ‘history’ (ಠ.ಠ) , kadang-kadang hilang juga walaupun dah save.

Alamak, macam mana ni. Dah save haritu, mestilah tak hafal kan?

Jangan Panik

Rileks, tenang. Tenang is good. Sebelum anda reset balik password anda. Cuba langkah ini dulu.

Langkah-Langkah

Berikut adalah langkah-langkah untuk recover semula semua password yang anda pernah save online di browser Google Chrome :-

Ok, macam biasa. kita mulakan dengan Bismillah. Hehe.

Langkah 1: Pergi ke ‘Settings’ atau ‘Tetapan’

Mana nak cari, perhatikan di atas belah kanan anda.

Cara Mudah Recover Semula Password di Chrome

Ha, jumpa, kan? Klik pada menu tu.

Langkah 2: Pergi ke ‘Settings’ atau ‘Tetapan’

Cara Mudah Recover Semula Password di Chrome

 

Langkah 3: Okay, sekarang akan anda dibawa ke halaman passwords. Skrol sampai anda jumpa nama website yang anda telah lupa password atau katalaluan tu.

Skrol sampai jumpa. Kalau anda pernah save, mesti akan jumpa. 

Cara Mudah Recover Semula Password di Chrome

 

Langkah 4: Dah jumpa? Cun.

Sekarang klik atau tekan simbol mata yang memandang tepat ke dalam jiwa anda tu. Hehe.

Tekan simbol yang selari dengan nama website tu, jangan tekan mata di website lain pula.

Cara Mudah Recover Semula Password di Chrome

 

Langkah 5: Kalau PC anda ada password, masukkan password PC anda.

 

Cara Mudah Recover Semula Password di Chrome

 

Voila! Sekarang anda akan nampak password yang anda pernah save dulu.

Cara Mudah Recover Semula Password di Chrome

Mudah kan? Tak payah nak reset semula password anda. 

Satu kerja pula nak log masuk email lepastu reset semua. Lambat.

Jadi, senanglah anda nak recover password anda lepasni. Tapi kalau cari ini pun gagal, anda kenalah reset semula password anda. Hehe.

Kesimpulan Cara Recover Semula Password di Chrome

Dengan adanya fitur atau kemudahan save passwords yang disediakan Google, Cara Recover Semula Password di Chrome menjadi lebih mudah, tepat dan pantas.

Tapi perlu diingatkan janganlah selalu sangat guna fitur ini sampai maklumat yang penting seperti maklumat username dan katalaluan Maybank2u atau CIMB Click pun ada save di Google.

Artikel Cara Recover Semula Password di Chrome yang kami sertakan dalam entri bolehlah digunakan sebagai petunjuk untuk anda recover semula password atau katalaluan yang anda sudah terlupa.

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya.



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.