Cara Tempah Hotel Termurah
| |
Tak tahu macam mana cara tempah hotel termurah? Nak pergi bercuti tapi hotel mahal sangat?
Cara Tempah Hotel Termurah
Musim cuti persekolahan makin menghampiri. Sememangnya anda yang berkeluarga atau saja-saja nak makan angin mesti dah merancang untuk pergi bercuti. Kadang-kadang kita dah rancang sehabis baik untuk berjimat tapi tiba-tiba harga hotel pula mahal.
Aduh, spoil betul. Apa caranya nak tempah hotel termurah ni?
Rancang Perjalanan Anda
Tempah Hotel Awal
Jika anda nak bercuti di musim cuti sekolah ataupun pada musim puncak, sebaik-baiknya tempah bilik hotel terlebih dahulu.
Awal macam mana? setahun? dua bulan? tiga bulan? 2 bulan dari tarikh anda ingin bercuti pun dah okay. Ha, kenapa?
Sebab pada musim puncak, masa inilah hotel nak akan dapat pengunjung yang ramai. Jadi mungkin harga akan meningkat. Harga tiket yang dibeli lebih awal ni selalunya amat jauh lebih murah dari tiket yang anda beli lewat.
Ini tidak, masa waktu puncak lah baru terhegeh-hegeh nak tempah atau book. Ha kan dah susah. Jadi, kalau dah ada perancangan, terus tempah atau book!
Buat Perbandingan Harga
Gunakan Laman Carian Penerbangan Untuk Buat Perbandingan
Di internet, banyak website pencarian hotel. Berapa banyak? Banyak…
Internet bukan hanya sekadar media sosial je. Tahukah anda boleh bandingkan harga bilik di website-website dan harga adalah berbeza di setiap website ini.
Ha, mudahkan?
Menempah Hotel Melalui Travel Agent.
Kenapa kami syorkan cara ini? sebab… walaupunkadang-kadang pakej yang ditawarkan mereka mahal tapi jangan lupa mereka memiliki deal khusus dengan hotel untuk memberikan harga yang lebih murah.
Kabel ke tu? Haha.
kalau anda bertuah, sesetengah travel agent menawarkan pakej lengkap yang sudah termasuk dengan tiket kapal terbang, hotel, dan kereta sewa sekali. tinggal anda nak pack baju saja!
Mencari Hotel Yang Tidak Ada Di Internet
Banyak hotel atau motel yang tidak diletakkan di dalam internet.
Cuba tanya rakan-rakan atau kenalan anda kalau mereka tahu mana-mana hotel-hotel yang harganya dan berpatutan dan servisnya baik.
Lepastu, anda boleh terus call pihak hotel untuk bertanya tentang harga.
Selalunya, hotel yang tidak ada di online ini memiliki harga lebih murah berbanding hotel yang dipromosikan di internet.
Diskaun & Ganjaran
Mengumpul points
Ha? Tak tahu? Mari kami bagitahu.
Anda mungkin tidak perlu membayar apa-apa pun untuk bilik tersebut sekiranya point terkumpul anda begitu banyak.
Kesimpulan Cara Tempah Hotel Termurah
Sekarang anda dah tahu Cara Tempah Hotel Termurah. Panduan yang kami sertakan dalam entri ini bolehlah digunakan sebagai panduan!
Jadi, anda tak perlu risau lagi tentang kos penginapan atau hotel yang mahal kerana Cara Tempah Hotel Termurah amat berguna untuk membantu anda merealisasikan percutian impian anda.
Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya dan selamat bercuti kepada anda!