Celcom Bekerjasama Dengan PDRM Langkawi Untuk Membangunkan Sistem Keselamatan Dan Keamanan Menggunakan Teknologi 5G


Pada hujung minggu yang lalu, beberapa syarikat telekomunikasi tempatan yang terkemuka telah menunjukkan projek ujian rangkaian 5G mereka di Pulau Langkawi.

Celcom dilihat bekerjasama dengan pihak PDRM Langkawi dan juga Majlis Perbandaran Langkawi untuk membangunkan sistem Penyelesaian Pintar Keselamatan 5G yang menggunakan kamera 360 darjah dengan teknologi pengecaman muka yang terletak di sepanjang jalan kawasan Pantai Cenang dan juga Dataran Cenang.

Menurut Celcom, sebanyak empat kamera 360 darjah ini terletak di sepanjang jalan Pantai Cenang, dan dua kamera lagi diletakkan di kawasan Dataran Cenang untuk pengawasan tanpa kawasan titik buta.

Kamera-kamera ini hadir dengan resolusi 4K, dan bukan itu sahaja, ia juga hadir dengan kemampuan untuk mengecam muka melalui lensa beresolusi tinggi tersebut dan juga teknologi kecerdasan buatan.

Rakaman-rakaman video 4K tersebut kemudiannya akan disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi menggunakan rangkaian 5G dan juga gentian optik dimana pihak polis kemudiannya boleh melihat rakaman-rakaman beresolusi tinggi tersebut, dan juga wajah-wajah pejalan kaki yang dirakam oleh kamera tersebut.

Selain daripada merakam wajah, kamera-kamera tersebut juga boleh digunakan untuk mengesan nombor plat kenderaan yang diletakkan di kawasan-kawasan yang tidak sepatutnya, seperti kawasan garisan kuning, ataupun parkir bertindih yang menghalang jalan.

Penyelesaian Pintar Keselamatan 5G ini dikatakan akan dilanjutkan ke beberapa kawasan disekitar Pulau Langkawi, khususnya di kawasan-kawasan lain yang mempunyai jumlah pelancong yang ramai.



Celcom Bekerjasama Dengan PDRM Langkawi Untuk Membangunkan Sistem Keselamatan Dan Keamanan Menggunakan Teknologi 5G

Add a Comment

Your email address will not be published.