Celcom Passport Kini Memberi Anda Pengalaman Perayauan Seperti Menggunakan Internet Di Malaysia


Setiap kali anda ingin ke luar negara, perkara utama yang sering kita risaukan adalah bagaimana untuk kekal berhubung antara satu sama lain. Anda perlu menukar kepada kad sim baru yang boleh digunakan oleh negara yang anda lawati atau hanya bergantung kepada WiFi sahaja untuk kekal berhubung. Bagi Celcom sendiri, mereka menawarkan pakej Celcom Passport yang membolehkan anda untuk kekal berhubung melalui panggilan suara, SMS dan juga internet dengan mudah walaupun anda berada di luar negara.

Kini Celcom Passport membolehkan anda untuk menggunakan internet Malaysia anda di 12 negara apabila kuota data perayauan anda melalui pakej ini telah habis. Ini sekaligus dapat memberikan pengalaman perayauan internet seperti di Malaysia walaupun anda sedang bercuti di luar negara.

Sekiranya anda adalah pengguna Celcom pascabayar, dibawah pakej ini, Celcom menawarkan 3 pilihan perayauan. Pertama sekali adalah pas perayauan internet 1 hari pada harga langganan RM38 untuk sehari. Bagi pas internet satu hari RM38, kuota internet yang ditawarkan adalah 500MB. Anda juga boleh gunakan kuota internet Malaysia walaupun kuota perayauan telah habis digunakan.

Seterusnya adalah pas 3 hari 3 dalam 1 yang ditawarkan pada harga RM88. Melalui pas ini, anda akan menerima 1.5GB kuota internet, 100 minit panggilan dan 100 SMS keluar masuk di luar negara dan juga daripada Malaysia. Anda juga masih boleh gunakan internet Malaysia walaupun kuota internet perayauan 1.5GB anda telah habis digunakan. Akhir sekali, anda juga boleh memilih pas 7 hari 3 dalam 1 yang ditawarkan pada harga RM138. Hanya lebih kurang RM20 sehari sekiranya anda menggunakan pas ini. Dengan pas ini, anda akan menerima kuota internet sebanyak 3GB, panggilan dan SMS daripada Malaysia atau di luar negara tanpa had dan juga boleh menggunakan internet Malaysia anda sekiranya kuota perayauan internet anda telah habis digunakan.

Dengan Celcom Passport, anda boleh mendapatkan pengalaman penggunaan internet seperti di Malaysia walaupun sedang bercuti di luar negara. Walaupun kuota internet perayauan anda telah habis digunakan, anda masih boleh menggunakan internet tempatan di luar negara dengan baik. Ini sekaligus menjadikan sistem komunikasi anda bersama keluarga dan rakan rakan menjadi lebih lancar dan mudah.

Dengan pas perayauan daripada Celcom ini, anda akan terus kekal berhubung dengan keluarga dan rakan rakan dengan lebih mudah pada harga dan penawaran internet yang berbaloi. Jika kebiasaanya, bayaran untuk panggilan suara dan SMS daripada luar negara adalah amat tinggi, ia berbeza untuk Celcom, kerana mereka bukan sahaja menawarkan bayaran yang rendah untuk panggilan suara dan SMS, malah juga penawaran internet yang baik daripada Celcom sendiri.

Maklumat Lanjut: Celcom Passport

Penafian: Advertorial dari Celcom



Celcom Passport Kini Memberi Anda Pengalaman Perayauan Seperti Menggunakan Internet Di Malaysia

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published.