Ciri Quick Share Boleh Digunakan Untuk Menghantar Fail Ke Peranti Samsung Selain S20 Dan Z Flip


Menerusi Galaxy S20 dan Galaxy Z Flip, Samsung memperkenalkan ciri baharu pemindahan fail yang diberi nama Quick Share. Quick Share mempunyai fungsi yang sama seperti Apple AirDrop kerana mempermudahkan proses penghantaran fail. Sebelum ini terdapat spekulasi hanya peranti dengan One UI 2.1. Tetapi kami dapat mengesahkan Quick Share boleh digunakan untuk menghantar fail ke peranti yang masih menggunakan One UI 2.0.

Apabila Quick Share diaktifkan pada Galaxy S20 Ultra yang sedang diulas, Galaxy Note 10+ yang diletakkan berdekatan akan dapat dilihat pada menu Quick Share dalam ikon berbentuk bulat. Untuk meneruskan penghantaran fail, kamu hanya perlu menekan ikon Note 10+ ini.

Fail video 8K sebenar 572MB dapat kami hantar ke Note 10+ dalam masa sekitar enam saat. Ini adalah sepantas menghantar fail menggunakan WiFi Direct tetapi dengan proses mencari peranti yang jauh lebih pantas.

Pada waktu ini ciri Quick Share hanya boleh digunakan untuk menghantar fail dari Samsung Gallery atau Samsung My Files. Jadi sekiranya anda bercadang untuk memiliki S20, S20+, S20+ dan Z Flip, anda boleh menggunakan Quick Share untuk menghantar fail dengan mudah ke peranti Samsung yang lain.



Ciri Quick Share Boleh Digunakan Untuk Menghantar Fail Ke Peranti Samsung Selain S20 Dan Z Flip

Add a Comment

Your email address will not be published.