Covid-19: Bantuan Untuk Peniaga Negeri Selangor


Covid-19: Bantuan Untuk Peniaga Negeri Selangor. Ambil tahu tentang Bantuan Untuk Peniaga Negeri Selangor yang diumumkan kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini.

Lebih Info akan kongsikan berkenaan Covid-19: Bantuan Untuk Peniaga Negeri Selangor. Entri kali khas untuk membantu menerangkan beberapa maklumat asas yang perlu anda tentang Bantuan Untuk Peniaga Negeri Selangor. Khusus untuk peniaga Negeri Selangor.

Covid-19: Bantuan Untuk Peniaga Negeri Selangor
Sumber: Twitter Rasmi Dato’ MB Selangor

Baca dan Semak tentang Covid-19: Bantuan Untuk Peniaga Negeri Selangor

Pakej Ransangan Ekonomi Selangor

Kerajaan Negeri Selangor pada Jumaat telah mengumumkan pelaksanaan Pakej Selangor Prihatin.

Peruntukan ini membatbitkan pembiayaan peruntukan keseluruhan sebanyak RM127.78 juta.

Pakej Rangsangan ini adalah bagi golongan sasar yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak Covid-19 yang merebak dan menyebabkan kegawatan ekonomi dunia.

Pandemik Covid-19

Pandemik COVID-19 2019-20 ialah penyakit koronavirus 2019 yang berterusan secara global yang diisytihar sebagai Darurat Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa.

Ia berpunca daripada SARS-CoV-2 yang pada mulanya dikesan di pertengahan Disember 2019 di bandaraya Wuhan di tengah China, dengan kelompok orang tempatan yang muncul dengan penderitaan radang paru-paru tanpa sebab yang jelas.

Pakej Rangsangan Selangor Prihatin COVID-19

Pakej ini dinamakan sebagai Pakej Rangsangan Selangor Prihatin COVID-19.

Ianya mengandungi tujuh (7) inisiatif bagi mengurangkan beban ekonomi akibat penularan COVID-19.

Peruntukan Sebanyak 127.78 Juta

Pembiayaan berkenaan adalah daripada dana Perbendaharaan negeri dan sumbangan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Inisiatif Penting Pakej Rangsangan Selangor Prihatin

Pakej ini mengandungi tujuh inisiatif penting:

  1. Insentif untuk petugas barisan hadapan menangangi wabak Covid-19
  2. Bantuan kepada penjaja dan peniaga berlesen
  3. Meringankan beban usahawan HIJRAH
  4. Bantuan kepada mahasiswa
  5. Meringan beban peniaga skim smart sewa
  6. Penggunaan khas peruntukan 56 Ahli Dewan Negeri (ADUN) Selangor
  7. Lanjutan tempoh akhir bayaran cukai tanah/petak dari 31 Mei kepada 30 Jun depan.

Inisiatif Untuk Peniaga Yang Terkesan

Bagi membantu peniaga yang terkesan akibat hilang sumber pendapatan, kerajaan Selangor mengumumkan satu inisiatif untuk mengurangkan beban mereka.

Kerajaan negeri akan mencuba sebaik mungkin bagi meringankan beban rakyat serta menampan (cushion) derita kewangan mereka yang terkesan akibat wabak ini.

Pengecualian Sewa

Pengecualian sewa diberikan kepada 80,000 penjaja dan peniaga berlesen dalam premis dengan peruntukan bernilai RM12 juta.

Pemberian Khas Dana ‘One-off’ RM500

Yang turut disediakan adalah RM40 juta sebagai pemberian khas ‘one-off’ RM500 bagi melancarkan aliran tunai masing-masing.

Permohonan Inisiatif

Permohonan akan dibuka pada 1 hingga 30 April depan sebelum bantuan disalurkan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan.

Peniaga boleh membuat permohonan untuk pemberian tersebut mulai 1 April sehingga 30 April 2020 dan mula menerima pemberian khas itu setelah tamat tempoh PKP.

Maklumat Lanjut

Dato’ Menteri Besar Selangor melalui laman web rasminya telah berkongsi rujukan nombor talian Hotline untuk soalan berkenaan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin mengikut agensi yang terlibat buat rujukan semua.

Tuan dan Puan bolehlah menghubungi mana-mana nombor hotline di atas dan ajukan soalan anda.

Berikut adalah nombor talian penting:

Covid-19: Bantuan Untuk Peniaga Negeri Selangor
Sumber: Twitter Rasmi Dato’ MB Selangor.

‍Klik di SINI untuk muat turun fail dalam format PDF:

Kami yakin mereka akan membantu anda dengan sedaya upaya mereka dan dengan ikhlas.

Kesimpulan Bantuan Untuk Peniaga Negeri Selangor

Artikel Covid-19: Bantuan Untuk Peniaga Negeri Selangor ini, bolehlah disebarkan kepada rakan-rakan, saudara mara, ahli keluarga yang layak untuk memohon dan mendapat manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi ini.

Diharap entri Covid-19: Bantuan Untuk Peniaga Negeri Selangor dapat membantu anda terutama mereka para peniaga yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 yang telah merebak di seluruh dunia.

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya dan selamat memohon!

Jaga keselamatan dan kesihatan dan sentiasa patuhi arahan Pihak Berkuasa. This too, shall pass.



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *