Daftar dan Semak Baki ASB Terkini Dengan Maybank2u


Daftar dan Semak Baki ASB Terkini Dengan Maybank2u, bagaimana?. Apa Panduan Daftar dan Semak Baki ASB Terkini Dengan Maybank2u?

Daftar dan Semak Baki ASB Terkini Dengan Maybank2u ni sebenarnya mudah sangat. Pada zaman serba canggih ni, banyak cara dan kemudahan di hujung jari untuk memudahkan urusan anda. Dalam entri kali ini Lebih Info  berkongsi Daftar dan Semak Baki ASB Terkini Dengan Maybank2u

Daftar dan Semak Baki ASB Terkini Dengan Maybank2u

Nak tahu cara Daftar dan Semak Baki ASB Terkini Dengan Maybank2u? Baca entri di bawah!

Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan dana unit amanah yang diwujudkan khas untuk Bumiputera Malaysia dan diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad atau lebih dikenali sebagai ASNB.

Mungkin ramai pelabur ASB tidak menyedari yang anda boleh gunakan Maybank2u untuk semak baki ASB.

Semakan baki terkini ASB kini boleh dibuat melalui Maybank2U.

Ini menjimatkan masa anda serta memudahkan menyemak pelaburan anda dan membantu anda membuat keputusan untuk pelaburan seterusnya.

Maybank2u

Tahukah anda, pada zaman teknologi maklumat ni semuanya dihujung jari.

Klik, klik boleh terus dapat semua benda. Transfer atau pindahkan duit la, check atau semak baki akaun la.

Maybank2u merupakan salah satu laman perbankan popular yang digunakan oleh pengguna tempatan.

Daftar dan Semak Baki ASB Terkini Dengan Maybank2u

Di bawah ini terdapat langkah demi langkah untuk membuat semakan.

Pastikan anda sudah ada nombor ahli dan buku ASB dan akaun Maybank2u.

Daftar Maybank2u

Sebelum anda Daftar dan Semak Baki ASB Terkini Dengan Maybank2u, anda mestilah ada akaun Maybank2u terlebih dahulu.

Ini kerana segala transaksi menggunakan Maybank2u nanti, nombor TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda.

Langkah Mendaftar Akaun ASB Ke Maybank2u

Pastikan anda buka pada website yang betul. Untuk lebih selamat taip Maybank2u di Google Search, dan pastikan pautan yang keluar dari carian tu adalah betul.

Bukan apa, zaman sekarang ni banyak penggodam atau pencuri online.

Ini penting untuk mengelakkan maklumat peribadi yang berharga anda dicuri oleh pihak tak bertanggungjawab.

  • Langkah 1: Daftar masuk ke www.maybank2u.com.my dan log masuk
  • Langkah 2: Pilih ruangan “investment”
  • Langkah 3: Pilih ‘ASNB Unit Trust’ di menu
  • Langkah 4: Pilih ‘Add’ untuk daftar akaun ASNB
  • Langkah 5: Pilih product nama “Amanah Saham Bumiputera”
  • Langkah 6: Baca dan fahamkan akaun pengesahan (declaration). Klik kotak kecil di bawah dan klik “next”
  • Langkah 7: Isikan Nombor Ahli ASB, Jenis ID, Nombor ID, dan Nama Ahli. Klik ‘continue’
  • Langkah 8: Semak butiran maklumat dan isikan nombor TAC. Klik ‘confirm’ untuk sahkan langganan.

Selesai. Senang je kan?

Sekarang tak payah susah-susah lagi pergi kemaskini buku ASB semata-mata nak tengok baki terbaru je. Buang masa, buang duit.

Nak bayar parking, duit petrol, duit tol… rugi.

Langkah Semak Baki Terkini ASB Dengan Maybank2u

Okay, sekarang cara untuk semak baki ASB pula.

Langkah 1: Log masuk ke maybank2u

Pastikan anda buka pada website yang betul.

Untuk lebih selamat taip Maybank2u di Google Search, dan pastikan pautan yang keluar dari carian tu adalah betul.

  1.  Log masuk ke akaun Maybank2u anda dengan menggunakan “Username” dan Password”.
  2. Pastikan gambar yang terpapar serta phrase adalah betul (gambar dan “phrase” yang dipaparkan adalah sama seperti yang telah anda pilih semasa proses pendaftaran maybank2u).

Daftar dan Semak Baki ASB Terkini Dengan Maybank2u

Langkah 2: Tekan menu Wealth

Apabila akan dibawa ke paparan berikut, anda kini telah berjaya masuk ke dalam akaun maybank2u.

Sekarang anda boleh melakukan pelbagai transaksi termasuk pembayaran, pembelian, pindahan wang.

Malah, nak Semak Baki Pinjaman Kenderaan Menggunakan Maybank2u pun boleh.

Okay, tapi sekarang kita nak semak baki Akaun ASB anda.

Tekan menu diatas dan cari pilihan Wealth.

Daftar dan Semak Baki ASB Terkini Dengan Maybank2u

Langkah 3: Klik Akaun ASNB

Akaun ASNB akan tertera dan tekan ASNB untuk paparan baki akaun ASB anda.

Daftar dan Semak Baki ASB Terkini Dengan Maybank2u

Langkah 4: Semak Baki Terkini ASB

Tada! Baki akaun ASB anda dipaparkan.

Daftar dan Semak Baki ASB Terkini Dengan Maybank2u

Senang kan!

Maklumat Lanjut

Jika anda menghadapi masalah semasa dalam proses menyemak baki akaun ASB dengan maybank2u, atau apa-apa masalah lain berkaitan dengan Maybank2u itu sendiri, anda boleh menghubungi Talian Sokongan Maybank pada talian berikut:

  •  1-300 88 6688 (Malaysia)
  • +603-7844 3696 (Overseas) 

Mereka pasti berusaha untuk membantu mengatasi masalah anda.

Kesimpulan Daftar dan Semak Baki ASB Terkini 

Semoga perkongsian diatas ini dapat membantu anda mengetahui apakah cara-cara dan panduan untuk Daftar dan Semak Baki ASB Terkini Dengan Maybank2u supaya anda dah tak lagi susah-susah beratur panjang-panjang, menghadap kesesakkan lalu lintas, bayar duit parking dan sebagainya semata-mata nak semak baki ASB. Sekarang semua di hujung jari!

Artikel Daftar dan Semak Baki ASB Terkini Dengan Maybank2u yang kami sertakan dalam entri bolehlah digunakan sebagai petunjuk untuk anda. Kongsikan dengan kawan-kawan dan keluarga.

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya.



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.