Daftar MUET 2020 Online


Daftar MUET 2020 Online. Dimana dan bagaimana? Bila? 

MUET (Malaysian University English Test) ialah ujian bahasa Inggeris yang dijalankan di peringkat pra-universiti, matrikulasi, asasi, diploma, dan STPM.

Hari ini, Lebih Info akan kongsikan panduan lengkap Daftar MUET 2020 Online. Panduan ini ditulis khas untuk calon MUET atau mereka yang berniat untuk mengambil MUET pada tahun ini.

Mari baca cara Daftar MUET 2020 Online.

Daftar MUET 2020 Online

Sekarang semuanya senang. Semua online. IR 4.0 gitu.

Malaysian University English Test (MUET)

MUET diperkenalkan untuk menguji tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Peperiksaan MUET wajib diambil oleh mereka yangberminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.

Komponen Ujian MUET

Terdapat empat jenis ujian dalam MUET iaitu:

  1. 800/1 (Listening/Pendengaran) – ujian mendengar selama 30 minit
  2. 800/2 (Speaking/Lisan) – ujian lisan selama 30 minit
  3. 800/3 (Reading/Pemahaman) – ujian pemahaman yang melibatkan soalan objektif selama 90 minit
  4. 800/4 (Writing/Penulisan) – ujian penulisan yang menguji kemahiran calon menulis esei selama 90 minit

Permarkahan

Ujian MUET akan diberi markah berdasarkan berikut:

  1. 800/1 (Listening/Pendengaran) – 45 markah
  2. 800/2 (Speaking/Lisan) – 45 markah
  3. 800/3 (Reading/Pemahaman) – 120 markah
  4. 800/4 (Writing/Penulisan) – 90 markah

Jumlah mata penuh ialah 300 markah, dan keputusan akan diberi berdasarkan gred yang dinamakan sebagai Band 1-6.

Tak, tak bukan Ben 10.

Tempoh Sah Laku

Keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

Kalendar Peperiksaan MUET Tahun 2020 (Sesi 1, 2 & 3)

Jadual peperiksaan MUET telah dikeluarkan secara rasmi oleh MPM untuk sesi 1, 2 dan 3 tahun 2020 meliputi tarikh pendaftaran peperiksaan beserta tarikh ujian diadakan.

Oleh itu, pelajar yang ingin mengambil peperiksaan MUET boleh merancang sendiri tarikh untuk mengambil peperiksaan MUET. Jadual peperiksaan MUET mengikut sesi adalah seperti berikut:

Kalendar MUET 2020

Daftar MUET 2020 Online

Klik SINI untuk muat turun/download jadual versi PDF.

Cara Daftar MUET Online

Berikut merupakan cara pendaftaran bagi Calon Individu Persendirian.

Calon Persendirian Individu Pendaftaran Kali Pertama

Bagi calon yang baru pertama kali mendaftar ujian MUET, calon perlu mendaftar sebagai Pengguna MESP terlebih dahulu. Sila klik ikon “Daftar Pengguna” pada portal MPM dan isikan maklumat ringkas yang diperlukan berserta kata laluan.

  • Langkah 1: Daftar Pengguna
  • Langkah 2: Log In
  • Langkah 3: Daftar MUET
  • Langkah 4: Buat Pembayaran
  • Langkah 5: Masukkan maklumat untuk pendaftaran MUET
  • Langkah 6: Skrin maklumat calon akan dipaparkan sekiranya kemasukan
    maklumat berjaya.
    1. Klik ‘Kemaskini’ sekiranya ingin membaiki maklumat sebelum ini
    2. Klik ‘Cetak Slip Pendaftaran’ sekiranya berpuas hati dengan
      maklumat. Slip perlu dicetak dan disimpan ia akan digunakan
      bagi rujukan dari masa ke semasa kelak.

Panduan Daftar MUET Dari MPM

Ini penting. Wajib baca.

Sebelum daftar, baca panduan rasmi dari MPM sendiri. MPM ada menyediakan Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon 2020 untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran dalam talian tersebut.

Klik SINI untuk Panduan Pendaftaran MUET dari MPM.

Pendaftaran Bagi Calon Yang Pernah Mendaftar MUET

Bagi calon yang pernah mendaftar MUET sebelum ini, sila log masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah ditetapkan semasa pendaftaran yang lalu. Sekiranya calon lupa Kata Laluan tersebut, sila klik pada butang “Lupa Kata Laluan” atau boleh menghubungi MPM.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila layari laman sesawang rasmi MPM ataupun alamat berikut:

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-61261600
Faksimile: 03-61361488
Portal MPM: www.mpm.edu.my
E-mel: [email protected]

Kesimpulan Daftar MUET 2020 Online

Maklumat di atas merupakan maklumat rasmi yang dapat kami kongsikan kepada anda tentang Daftar MUET 2020 Online. Diharapkan perkongsian ini dapat memudahkan segala urusan anda.

Artikel Daftar MUET 2020 Online yang kami sertakan dalam entri bolehlah digunakan sebagai petunjuk untuk untuk mendaftar sebagai calon MUET pada tahun ini.

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya.



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.