'Dasar anak setan!' – Penagih dadah cabul ibunya yang lumpuh


Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan polis kerana mencabul ibu kandungnya yang sedang tidur di ruang tamu. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12 tengah hari semalam di Kampung Atas, Mukim Padang Matsirat, Langkawi, mangsa terlantar di ruang tamu akibat lumpuh separuh badan terkejut apabila suspek datang meraba payu daranya. 

Adik suspek yang sedang menonton televisyen kemudian terkejut apabila terdengar tangisan dan jeritan ibunya lalu bergegas memeriksa apa yang sedang berlaku. 

Dia kemudian memarahi dan menolak suspek dari terus mencabul ibunya. 

Suspek yang juga penganggur dan penagih dadah itu kemudian melarikan diri dari tempat kejadian. Adik suspek terus membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan pihaknya menerima laporan dari pengadu pada jam 3 petang semalam.

Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai di bawah pengaruh dadah dan itu bukan kali pertama dia memperlakukan mangsa seperti itu. 

Suspek direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. 



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.