Dean Henderson Miliki Profil Ganti Kepa Arrizabalaga

Penjaga gol Manchester United yang kini beraksi secara pinjaman kepada Sheffield United memiliki ciri-ciri tepat untuk tampil sebagai pengganti Kepa Arrizabalaga di Chelsea.

Berdasarkan laporan terbaru dari kebanyakkan media di UK, penjaga gol berusia 22 tahun itu kini sudah pun berada di bawah radar Chelsea untuk jendela perpindahan musim panas akan datang.

Peningkatan prestasi Henderson sejak beraksi sebagai penjaga gol N0.1 di Sheffield amat menyerlah.

Walaupun bukan beraksi bersama mana-mana pasukan utama di Premier League, Henderson tampil sebagai pemain kedua dari segi peratusan menyelamatkan bola pada musim ini.

Hanya penjaga gol Liverpool, Alisson Becker mempunyai peratusan yang lebih baik dari Henderson dari kalangan penjaga gol utama yang beraksi di Premier League pada musim ini.

Henderson memiliki beberapa persamaan dengan penjaga gol No.1 United, David de Gea.

Antaranya ialah Henderson turut mempunyai kebolehan positional yang betul, membuatkan beliau mudah menyelamatkan percubaan sukar lawan.

Namun antara aspek yang tidak dimiliki oleh De Gea, Henderson boleh dianggap sebagai ball playing goal keeper seperti Kepa.

Dalam bola sepak moden pada hari ini, baka penjaga gol sebegini mempunyai nilai yang tinggi. Ia agak menghairankan juga mengapa Manchester United tidak menggunakan pemain ini.

Maka jika United tidak memerlukan Henderson, maka penjaga gol ini amat sesuai dengan corak permainan Chelsea yang gemar membina gerakan bermula dari bahagian belakang.

Kepa pula semakin jelas bukan lagi pilihan utama Frank Lampard. Malah Lampard dilaporkan akan terus memberi kepercayaan kepada Calallero untuk perlawanan menentang Manchester United pada 17 Februari akan datang.

Persoalannya adakah Chelsea akan memburu Dean Henderson selagi Kepa tidak dijual?

 

Source link
Dean Henderson Miliki Profil Ganti Kepa Arrizabalaga

Add a Comment

Your email address will not be published.