“Dia Cuma Berehat Seketika…” – Zul Ariffin Tutup Instagram Bukan Sebab Video Lucah

Sebentar tadi dunia peminat pelakon Zul Ariffin murung apabila akaun Instagram pelakon kesayangan mereka ‘hilang’ dan tidak dapat dikesan.

BACA : Video Lucah Mirip Zul Ariffin Tersebar, Instagram Kena Serang Terus Dinyahaktif

Malah, kehilangan akaun Instagram pelakon bertubuh sado itu mengundang persoalan dan kebimbangan dalam kalangan peminatnya.

Ramai yang mendakwa ianya dinyahaktif oleh Zul selepas rakaman video lucah mirip dirinya tersebar di laman Twitter.

Bagaimanapun, menerusi kenyataan yang dimuat naik oleh kelab peminat Zul Ariffin Fan Club (ZAFC) dapat menenangkan dan melegakan kerisauan semua peminatnya.

“Hi semua… kami menerima banyak mesej peribadi (DM) bertanya tentang akaun media sosial boss (Zul Ariffin). Jangan terkejut, akaun dia selamat!

“Dia cuma berehat seketika dari media sosial, ayuh kirimkan sokongan kita kepadanya, ucapkan yang baik-baik dan semoga dia dapat rehat yang cukup.

“Jika ada sebarang urusan penting, boleh hubungi kami atau pengurusnya. Terima kasih,” – tulis admin akaun peminat Zul Ariffin.

Sumber gambar : mStar

Menurut admin kelab peminat Zul Ariffin, menjelaskan akaun Instagram tersebut tidak digodam oleh mana-mana pihak, tetapi ianya dinyahaktif kerana Zul mahu berehat daripada menggunakan laman sosial buat sementara waktu.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai video Zul Ariffin yang menayangkan alat sulitnya tersebar.

Video Lucah Mirip Zul Ariffin Tersebar, Instagram Kena Serang Terus Dinyahaktif

The post “Dia Cuma Berehat Seketika…” – Zul Ariffin Tutup Instagram Bukan Sebab Video Lucah appeared first on TEHPANAS.

Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.