Dua Pemain Akademi Yang Boleh Mengubah Cara Liverpool Berurusan Di Pasaran Perpindahan Pemain

Curtis Jones dan Neco Williams adalah dua pemain muda Liverpool yang mencuri tumpuan pada musim ini.

Kedua-duanya berusia 19 dan 18 tahun, jelas seperti telah melengkap diri masing-masing untuk lebih banyak aksi besama pasukan senior selepas ini.

Ia bukanlah menghairankan. Sepanjang musim ini, kedua-dua anak muda ini sering kalu dibenarkan berlatih bersama pemain senior yang lain, terutama menjelang perlawanan kompetitif di Melwood.

Dan ada masanya kedua-dua pemain mengetuai skuad muda Liverpool untuk perlawanan – termasuk ketika membenamm Shrewsbury 1-0 di perlawanan Piala FA yang lalu.

Semua ini sekadar membuktikan Jones dan Williams semakin bersedia untuk menyertai pasukan kendalian Jurgen Klopp.

Jika ada individu yang mengetahui standard yang harus dimiliki oleh seseorang pemain, atau cabaran yang bakal dihadapi sebagai pemain Liverpool, ia semestinya adalah Jamie Carraghger.

Carragher tampil dalam lebih 700 perlawanan sepanjang tempoh 17 tahun karier bersama The Reds, dan sangat instrumental dalam membawa pasukan itu meraih kejuaraan Champions League, dua kejuaraan Piala FA, tiga Piala Liga dan satu Piala UEFA.

Curtis Jones boleh selesai isu kreativiti

“Curtis [Jones] mulai membuktikan sesuatu pada musim ini, tetapi itulah yang seharusnya dilakukan oleh seorang pemain muda,” ujar Carragher.

“Mereka perlu ada lonjakan, dan adakalanya anda tidak pasti bila ia akan berlaku. Tetapi lonjakan itu harus dilakukan jika mereka mahu berada pada tahap pasukan utama. Ia kelihatan dia telah melakukannya musim ini.

“Apabila dia beraksi bersama skuad muda, ia seolah-olah beliau adalah pemain dari skuad utama yang diturunkan beraksi bersama skuad muda.

“Salah satu kekurangan pasukan Liverpool [sedia ada] ialah kurangnya kreativiti dari bahagian tengah, dan saya berpendapat Curtis boleh mengisi kelompongan itu.”

Sejak beberapa musim lalu, Liverpool aktif di pasaran pemain untuk membawa masuk Naby Keita, Fabinho, Alex Oxlade-Chamberlain, Georginio Wijnaldum, Xherdan Shaqiri, dan Takumi Minamino.

Namun jika ada sedikit isu mengenai skuad Liverpool pada hari ini ialah kegagalan mereka menghadirkan kreativiti sepertimana yang pernah dihadirkan oleh Philippe Coutinho sebelum pemain itu berhijrah ke Barcelona.

Dengan adanya Curtis Jones, Klopp mungkin menemui kepingan terakhir yang beliau kehendaki di bahagian tengah The Reds.

Neco Williams ganti Trent di bek kanan?

Seorang lagi pemain yang mencuri tumpuan ialah Neco Williams di posisi bek kanan. Dalam perlawanan menentang Shrewsbury, hantaran lintang Neco menjadi punca kepada gol sendiri pemain lawan.

Dalam perlawanan tersebut, Williams juga memperolehi deretan peluang dan mampu menghasilkan hatrik jika menepati sasaran.

Perkara ini sekadar menjelaskan kualiri keupayaan menyerang yang pemain ini miliki.

“Hingga kini Liverpool masih belum mempunyai pemain yang memiliki kualiti mencukupi sebagai sokongan di posisi ini. Anda mungkin berkata James Milner, tetapi beliau berusia 34 tahun,” jelas Carragher.

“Apabila anda mempertimbangkan Liverpool sebagai juara eropah, maka pasukan ini sepatutnya memiliki seorang lagi pemain yang berkualiti di posisi tersebut.

“Dengan adanya pemain seperti Neco, rasanya Liverpool sudah tidak perlu mencari lagi di pasaran pemain. Kita juga memiliki Ki-Jana Hoever di posisi sama.”

Pada awal musim lalu tatkala kecederaan melanda bahagian pertahanan, timbul tanda tanya mengapa Liverpool tidak membawa pemain sokongan yang sesuai.

Tampak gayanya Liverpool sudah tidak perlu berbuat demikian dengan kehadiran Neco.

Timbul juga perdebatan sekiranya Trent Alexander-Arnold akan beraksi di bahagian tengah sekiranya Williams mengambil posisi bek kanan.

“Saya berpendapat Trent Alexander-Arnold gembira [dimana beliau beraksi sekarang], dan Neco pula beraksi di pertandingan piala.

“Tetapi jika ada apa-apa berlaku kepada Trent, Neco harus mengambil kesempatan itu untuk memperolehi lebih banyak pengalaman. Akan tiba masanya Neco mahu beraksi setiap minggu, dan Liverpool harus menentukanya,” jelas Carragher.

Rumusan

Jika benar Liverpool mahu membentuk sebuah dinasti yang mendominasi bola sepak Inggeris dan Eropah untuk sedekad yang akan datang, maka kelompok pemain seperti Williams dan Jones harus berada di dalam perancangan Klopp.

Selepas Steven Gerrard, Jamie Carragher, dan kini Trent Alexander-Arnold sebagai pemain kelahiran akademi Liverpool, kini tiba masanya untuk Liverpool menuai lebih ramai pemain muda yang dilahirkan oleh sistem mereka sendiri.

Jika Williams dan Jones berjaya melakukannya, tidak mustahil akan ramai lagi pemain dari akademi Liverpool akan menyinar pada masa hadapan.

 

 

 

Source link
Dua Pemain Akademi Yang Boleh Mengubah Cara Liverpool Berurusan Di Pasaran Perpindahan Pemain

Add a Comment

Your email address will not be published.