Ed Woodward Lantik 8 Pakar Analisis Bantu Solskjaer Buru Pemain Baharu

Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward telah melantik lapan orang pakar analisis untuk membantu Ole Gunnar Solskjaer memburu pemain terbaik di pasaran pemain.

Manchester United telah merekrut lima muka baharu untuk Solskjaer pada dua jendela perpindahan lalu.

Pada musim panas lalu, United telah membawa masuk Aaron Wan-Bissaka, Harry Maguire dan Daniel James. Ianya diikuti oleh Bruno Fernandes dan Odion Ighalo yang tiba secara pinjaman pada Januari.

Namun demikian, United sedar mereka masih perlu aktif di pasaran pemain untuk merapatkan jurang kualiti dengan Liverpool dan Manchester City sebagai pencabar utama Liga Perdana Inggeris (EPL).

Walaupun lima pemain yang dibawa masuk sehingga kini telah memberikan impak masing-masing, kegagalan membawa meyakinkan Erling Braut Haaland ke Old Trafford telah memberikan sedikit kesan.

Menurut The Athletic, Woodward telah melantik lapan individu yang pakar dengan perpindahan, dengan tanggungjawab utama mereka ialah untuk memburu bakat baharu, untuk membenarkan United mampu membawa masuk pemain sebegini lebih awal.

Menurut artikel yang ditulis oleh wartawan terkenal, David Ornstein itu, kumpulan penganalisis itu akan diketuai oleh seorang pakar analitikal, dan pasukan itu akan menggunakan data untuk memburu pemain yang bersesuaian.

Kaedah analitik yang sama turut digunakan dalam membangun skuad akademi dan bahagian medikal milik kelab.

Teknik kuda kepang Bruno Fernandes setakat ini tidak mengecewakan.

Posted by Grandstand Kita on Thursday, 27 February 2020

Harapan utama United ialah supaya data tersebut dapat digunakan di pasaran pemain dengan berkesan terutama pemain yang mampu menyesuaikan diri dengan bola sepak yang diterapkan oleh Solskjaer.

Sebenarnya kaedah sama telah diterapkan oleh seteru United, Liverpool sejak beberapa tahun yang lalu.

Malah eklab Meseyside itu memiliki kumpulan penganalisis antara yang termaju di Premier League.

Antara pemain yang menampilkan impak postitif hasil kajian kumpulan penganalisis itu di Liverpool adalah seperti Sadio Man dan Mohamed Salah.

Ketua Pegawai Eksekutif Liverpool, Peter Moore pada bulan lalu berkongsi bagaimana proses untuk membawa Salah daripada Roma pada 2017.

Dalam pendedahan tersebut, Moore berkata Salah bukan pemain yang diputuskan oleh pengurus pasukan, Jurgen Klopp.

Dalam tempoh itu pula United membawa masuk pemain yang gagal memberikan impak tetapi dengan harga yang tinggi.

Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez adalah antara pemain yang tiba dengan harga dan gaji yang tinggi ketika United di bawah kendalian Jose Mourinho.

Struktur gaji di United turut berada di dalam keadaan tidak sihat pada ketika itu kerana kegagalan untuk memastikan pemain yang benar-benar diperlukan oleh jurulatih atau sebaliknya.

Source link
Ed Woodward Lantik 8 Pakar Analisis Bantu Solskjaer Buru Pemain Baharu

Add a Comment

Your email address will not be published.