Elaun Parking Menteri RM 5700, Rakyat Merana?


Wajarkah Elaun Parking Menteri RM5700, tetapi rakyat tersepit merana?

Ketika ekonomi dunia dijangka akan meleset pada tahun depan, sudah banyak suara-suara yang menyuruh rakyat mengikut perut dan berjimat cermat. Persoalannya, wajarkah rakyat disuruh mengikut perut dikala menteri membesarkan perut?

Dalam entri kali ini Lebih Info akan dedahkan Elaun Parking Menteri RM 5700, Rakyat Merana?

Elaun Parking Menteri RM 5700, Rakyat Merana?

 

Baru-baru ini laman media sosial kecoh dengan pendedahan Elaun Parking Menteri yang bernilai RM5700.

RM5700? Ya. Ringgit Malaysia Lima Ribu Tujuh Ratus.

Isu ini dihangatkan lagi dengan keputusan kerajaan memansuhkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) untuk 33 skim perkhidmatan bermula 1 Januari 2020.

Baca sini: ‘BIPK mansuh untuk lantikan baharu – JPA’ – Harian Metro

Elaun Parking Kereta Menteri Lagi Tinggi Dari Gaji Doktor?

“Gila babi, yeop. Baik jadi Menteri dari jadi Doktor.”

Gaji permulaan doktor gred UD43 ialah RM3,611 dan untuk UD47  hanyalah RM5,211. – tak lebih pun dari elaun parking kereta menteri.

Elaun menteri untuk parking kereta sahaja dah macam gaji 3 orang rakyat biasa yang bekerja biasa.

Nak kata parking atas awan, kereta terbang haritu dengar cerita tak lepas ujian penerbangan sebab pihak berkuasa penerbangan tak luluskan.

Tapi… Kejap.

Elaun Parking Menteri RM5700: Sahih Ke?

Betul ke elaun parking menteri RM 5700?

Sebelum kita kecam, eloklah kita kaji dulu kesahihan cerita ni.

Sumber Dari Akhbar

Setelah diselidik, jumlah itu datangnya suatu keratan akhbar yang viral di laman sosial.

Dan, jumlah yang dipetik sumbernya datang dari laman sosial, jugak.

Aik, dari laman sosial dia datang, dari laman sosial dia kembali. LMAO.

Penafian Menteri Luar, Dato Seri Saifuddin Abdullah

Menteri Luar, Dato’ Seri Saifuddin Abdullah berkata, maklumat tentang elaun parking berjumlah RM5,700 untuk menteri yang tular di media sosial adalah tidak betul.

Menurut beliau, sepanjang pengetahuannya tak ada elaun seumpama itu dan beliau sendiri tak pernah menerima elaun sebanyak tu.

Elaun Parking Menteri RM 5700, Rakyat Merana?
Ciapan Menteri Luar, DS Saifuddin Abdullah Mengenai Isu Elaun Parking Menteri

Jadi, perkara ini telah pun dinafikan oleh Menteri Luar, DS Saifuddin Abdullah.

Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK)

Apa benda BIPK ni?

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK)

BIPK diperkenalkan semasa Sistem Saraan Baru (SSB) pada 1992 untuk Profession yang mempunyai tugas yang kritikal. Kritikal di sini bukan bermaksud tugas itu sukar, tetapi kepakaran itu sukar untuk diperolehi.

Penjawat awam yang menerima elaun ni adalah seperti Doktor, Pegawai Undang-undang, arkitek dan sebagainya yang berkhidmat dengan kerajaan.

Sebab Pemansuhan BIPK

Menurut kajian yang dilaksanakan pada tahun ini, JPA mendapati semua 33 skim perkhidmatan yang diperuntukkan dengan BIPK tidak lagi memenuhi kehendak atau kriteria pemberian asal iaitu skim-skim perkhidmatan berkenaan tidak lagi kritikal kerana tidak lagi memenuhi kriteria ciri-ciri penawaran yang rendah serta pengisian jawatan yang sukar dilakukan.

Reaksi Penjawat Awam

Rata-rata penjawat awam terutamanya Doktor meluahkan kekecewaan mereka di laman sosial berikutan pemansuhan BIPK.

Sesetengah Doktor berkata walaupun mereka akan terus tetap menerima elaun itu, ianya adalah tidak adil kepada Doktor ambilan baharu bermula tahun 2020.

Agak-agak, adakah ini akan memberi kesan kepada minat graduan perubatan untuk memohon kerja dengan kerajaan?

Patutkah Gaji Menteri Di Kaji Semula?

Apa pendapat anda, patutkah gaji menteri juga dikaji semula?

Profession Di Sektor Perubatan Awam; Gaji Rendah?

Ketua Pengarah Kesihatan. YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah sendiri mengakui yang sektor ini kurang dana, kurang kakitangan, dan fasiliti yang penuh dengan pesakit.

Jadi, adakah wajar gaji menteri sebegitu tinggi?

Kalau rakyat dinasihati untuk bersedia menghadapi kemelesetan dan kelembapan ekonomi pada tahun depan, bukankah menteri patut menunjukkan contoh?

Elaun Parking Menteri RM 5700, Rakyat Merana?
Antara Jumlah Aset dan Jumlah Pendapatan Bulanan Menteri-Menteri Kabinet.

Sumber: Portal Perisytiharaan Harta SPRM (Setakat 27/12/2019)

Apa kata anda?

Update: YAB PM Setuju Tangguh (27/12/2019, 1245pm)

Menteri Belia dan Sukan berkata, YAB Pm bersetuju untuk menangguhkan pemansuhan elaun kritikal ini.

Kesimpulan Elaun Menteri

Apa kata anda? Wajarkah Elaun Parking Menteri Sebanyak RM5700 yang nilainya 2 atau 3 kali ganda dari gaji rakyat biasa? Wajarkah Pemimpin menasihati rakyat berjimat cermat di kala gaji mereka tingginya tak munasabah?

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya dan selamat berfikir.

 

 

 

 



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.