Emma Maembong Doa Temui Lelaki Bimbing Ke Jalan Baik

Walaupun seringkali dikaitkan dengan kontroversi sepanjang tahun 2019, pelakon Emma Maembong menyifatkan semua itu sebagai satu proses mematangkan diri, malah bersyukur masih diberikan Allah peluang mencari rezeki.

BACA : “Tiada Perasaan Terhadap Emma Maembong” – Noki K-Clique Suka Wanita Bertudung & Tinggi Lampai

“Alhamdulillah, saya masih diberikan ruang untuk mencari rezeki sebagai anak seni dan tetap disayangi peminat, terutama Emanizers,” – jelas Emma Maembong kepada Berita Harian.

Emma mendedahkan dia tidak kesal kerana masih belum berpasangan selepas beberapa kali berpisah dengan teman lelaki dan percaya tuah belum menyebelahi untuk bertemu cinta sejati.

Menurut Emma lagi, sama seperti wanita lain, dia turut berdoa dipertemukan dengan lelaki yang dapat membimbingnya ke jalan yang baik.

“Saya tidak memilih dalam berkawan, cuma ketika ini, saya dahulukan fokus untuk mencari rezeki. Saya belum puas berlakon dan berharap dapat menambah ilmu untuk memperbaiki diri dalam bidang ini,” – Emma Maembong.

Emma juga mengakui buat masa ini, dia belum lagi mahu bercinta kerana sekarang ni dia fokus untuk mencari rezeki dan masih belum puas berlakon.

The post Emma Maembong Doa Temui Lelaki Bimbing Ke Jalan Baik appeared first on TEHPANAS.

Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.