Enam Kelab Komplot Mahu Saman Premier League

Sebelum ini sudah ada kelab Premier League (EPL) mahukan agar saingan musim ini dibatalkan terus. Tidak sukar untuk melihat niat tersebut.

West Ham antaranya merupakan kelab pertama yang mahu musim 2019/2020 dibatalkan – tanpa ada juara dan pasukan yang disingkirkan.

Dalam erti kata lain, saingan musim ini ditamatkan terus tanpa juara dan penyingkiran, jika wabak COVID-19 berlanjutan.

Jika carta liga diperhati, West Ham kini berada di kedudukan ke-16, tetapi dipisahkan hanya dengan kelebihan jaringan untuk berada di zon penyingkiran.

Jadi jelaslah pendirian sesebuah kelab mengenai pembatalan liga adalah berdasarkan keperluan dan keuntungan masing-masing.

Disebabkan perkembangan terbaru ini, enam kelab teratas di Liga Championship dikatakan bersedia untuk menyaman Premier League sekiranya badan penganjur itu gagal memberikan tiga slot promosi pada musim hadapan.

Menurut laporan oleh The Times, enam kelab yang dimaksudkan itu adalah Leeds, West Brom, Fulham, Brentford, Nottingham Forest dan juga Preston.

Jika kedudukan liga kekal, keenam-enam kelab layak menerima promosi ke Premier League sekurang-kurangnya melalui saingan play-off.

Malah hierarki tertinggi enam kelab tersebut turut telah mengadakan mesyuarat rahsia sesama mereka untuk memungkinkan tindakan tersebut pada Isnin lalu.

Kelab-kelab tersebut dikatakan sedar akan niat beberapa kelab di EPL yang mahu saingan liga dibatalkan di sebalik alasan penularan wabak Covid-19.

Oleh kerana itu, keenam-enam kelab tersebut juga terdesak agar Liga Championship ditamatkan sebagaimana sepatutnya – dan diberikan tiga slot promosi ke Liga Perdana Inggeris seperti musim-musim sebelumnya.

Sekiranya cadangan membatalkan liga sepperti yang dinyatakan sebelum ini, ia bermakna hanya dua pasukan dari Championship akan dipromosi.

Tindakan sedemikian turut akan membawa implikasi kewanangan yang besar kepada kelab yang dinafikan promosi melibatkan keuntungan sekitar £200 juta.

Tiga kelab yang menduduki zon penyingkiran dari Liga Perdana Inggeris pada ketika ini adalah Norwich City, Aston Villa dan Bournemouth.

Satu perjumpaan melibatkan kesemua 20 wakil kelab bertanding dijangka akan diadakan pada Khamis ini untuk memutuskan perjalanan saingan pada musim ini.

Source link
Enam Kelab Komplot Mahu Saman Premier League

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *