Episod Memalukan Penjaga Gol Terbaling Bola Masuk Gol Sendiri

Benarlah kata orang, di dalam bola sepak, apa pun boleh terjadi kerana bola itu bulat.

Itulah yang berlaku di Perancis dalam perlawanan divisyen 2 atau pun Ligue 2 membabitkan kelab Caen dan Grenoble.

Kisahnya kerana bola itu bulat, maka penjaga gol Grenoble, Brice Maubleu terbaling bola ke arah gawangnya sendiri ketika mengambil sepakan gol.

Insiden berlaku ketika kedudukan 1-0, dan gol sendiri oleh Maubleu itu membenarkan Caen menewaskan Grenoble dengan jaringan 2-0.

Walaupun telah melakukan kesilapan tersebut, Maubleu masih mampu berbicara kepada wartawan selepas perlawanan.

“Sering kali akan ada petang yang suram, dan ini adalah salah satu daripadanya,” ujar Maubleu membuka bicara.

“Mengenai gol tersebut, sebenarnya saya mahu melontar bola dengan pantas kepada Jerome Mombris. Tetapi beliau tidak memandang ke arah saya.

“Kerana itu saya mengubah keputusan untuk melakukan balingan, dan kemudia bola itu terlepas dari tangan. Ia situasi hampir sama yang menimpa Mandanda 8 tahun lalu.

“Adakala perkara sebegini boleh berlaku, tetapi ramai bertanggapan ia mungkin tidak akan berlaku lagi kepada orang lain.

“Saya kecewa kerana ia memberi gol kedua kepada pasukan lawan.

“Kini saya perlu kembali bekerja keras, dan terus ke hadapan. Ia seperti benda gila dikongsikan di media sosial.

“Saya pasti saya akan kembali menyelamatkan percubaan-percubaan pemain lawan, dan perkara ini saya mahu lupakan.”

 

Source link
Episod Memalukan Penjaga Gol Terbaling Bola Masuk Gol Sendiri

Add a Comment

Your email address will not be published.