F1 2020: Rekaan Renault, Alpha Tauri Curi Tumpuan Ramai

Kira-kira satu atau dua minggu yang lalu, kesemua pasukan yang bakal bertanding dalam Formula One bagi musim 2020 telahpun melancarkan rekaan kereta masing-masing.

Sebanyak 10 pasukan akan bertanding untuk musim ini – kesemuanya adalah pasukan yang sama seperti musim lalu.

Cuma bagi pasukan Scuderia Toro Rosso – pasukan ‘adik’ untuk pasukan Aston Martin Red Bull Racing, mereka telah menukar nama mereka kepada Scuderia Alpha Tauri.

Alpha Tauri merupakan jenama pakaian yang dilancarkan oleh syarikat minuman bertenaga terkemuka dunia, Red Bull dan oleh sebab itulah, Red Bull mengambil keputusan untuk menukar nama pasukan Toro Rosso kepada Alpha Tauri untuk mempromosikan syarikat pakaian mereka.

Bagi tiga pasukan terbaik musim lalu – Mercedes AMG Petronas, Scuderia Ferrari dan Aston Martin Red Bull Racing, tidak banyak berubah rekaan mereka berbanding musim lalu.

Foto: Motor Authority

Kereta W11 yang bakal dipandu sekali lagi oleh juara dunia enam kali, Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas ini hanya menambah sedikit tona merah pada bahagian atas kereta sementara mengekalkan warna tradisi kelabu dan hijau Petronas mereka seperti musim-musim lalu.

Foto: Crash.net

Scuderia Ferrari, warna apa lagi selain warna merah.

Pemandu yang juga merupakan juara dunia empat kali, Sebastian Vettel sempat bergurau bahawa kereta musim ini ‘lebih merah’ berbanding kereta tahun lalu.

Dan model musim ini dinamakan SF 1000 sempena perlumbaan ke-1000 yang akan disertai Ferrari dalam sejarah F1 lewat tahun ini nanti.

Foto: Getty Images

Tidak banyak berubah untuk corak rekaan kereta Red Bull Racing musim ini. Mungkin sebenarnya tiada perubahan langsung pun.

Foto: XPB Images

Selamat tinggal warna kuning!

Pasukan Renault F1 bakal mengenakan warna hitam di atas keseluruhan kereta mereka musim ini, tidak seperti beberapa musim lalu dengan kuning menjadi warna utama mereka.

Tekanan lebih tinggi buat Renault musim ini, dengan mereka perlu memastikan kereta mereka ini mampu bersaing dengan ‘top three’ Formula One, atau mungkin terpaksa melepaskan Daniel Ricciardo kepada pasukan lain musim hadapan.

Foto: F1.com

Lebih banyak warna merah jambu untuk Racing Point musim ini, dengan BWT kini menjadi penaja utama penuh pasukan selepas Sport Pesa meninggalkan mereka.

Buat mereka yang kurang mengikuti dunia permotoran, kebiasaannya pasukan-pasukan yang ditaja BWT ini memang mewajibkan pasukan tersebut untuk menggunakan warna merah jambu sebagai warna utama mereka.

Foto; Motor Sport Magazine

Kombinasi warna yang cukup menarik digunakan oleh pasukan Scuderia Alpha Tauri untuk musim pertama mereka menggunakan nama tersebut.

Masih lagi dimiliki Red Bull, Alpha Tauri merupakan antara pasukan yang mencipta rekaan terbaik untuk tontonan ramai.

Bukanlah satu kejutan sebenarnya memandangkan Alpha Tauri itu sendiri adalah syarikat pakaian. Tentulah mereka hebat dalam mencipta rekaan.

Foto: Race Fans

Haas mengembalikan semula warna asal mereka iaitu merah, hitam dan putih selepas penaja utama musim lalu, Rich Energy telah memutuskan untuk tidak lagi menaja pasukan tersebut.

Rekaan yang ringkas tetapi menarik, tentunya bos pasukan, Guenther Steiner mahu pasukan ini kembali mencabar pasukan-pasukan lain selepas musim yang hambar tahun lalu (atau anda akan mendengar Guenther mencarut lagi dalam siri Drive To Survive di Netflix).

Foto: F1

McLaren terus kekal dengan warna jingga seperti musim lalu, dengan tambahan warna biru. Ia merupakan kereta terakhir kerjasama antara McLaren dan Renault sebelum kembali kepada pengeluar enjin Mercedes musim depan.

Foto: Autosport

Rokit Williams Racing musim ini menambah warna merah pada kereta mereka. Harapnya warna merah tersebut boleh menambah kelajuan kepada kereta mereka dan tidaklah berfungsi seperti musim lalu.

Foto: F1

Manakala Alfa Romeo terus kekal dengan warna tradisi merah dan putih.

Kereta manakah menjadi pilihan anda musim ini?

Source link
F1 2020: Rekaan Renault, Alpha Tauri Curi Tumpuan Ramai

Add a Comment

Your email address will not be published.