FLOAT Ialah Bekas Minuman Bubble Tea Yang Mesra Alam
| |
Bubble Tea ialah fenomena yang masih belum habis trendingnya di kalangan pengguna di Malaysia walaupun jumlah gula di dalam segelas minuman ini boleh memberikan ada masalah kencing manis. Jika anda tidak peduli kaki dipotong kerana gangren, kami berharap anda peduli dengan impak bubble tea kepada alam sekitar.
Bekas minuman dan straw plastik kini tidak mereput di pusat pelupusan sampah. Malahan jika anda mati hari ini kemudian dilahirkan semula kemudian mati lagi dan sekali lagi dilahirkan semula kemudian mati lagi dan sekali lagi dilahirkan semula sekalipun, bekas minuman plastik yang anda gunakan tidak akan mereput sepenuhnya.
Oleh itu bekas minuman FLOAT telah dihasilkan bagi mereka yang cakna tentang pencemaran. Ia direka oleh Fang Shih dan Mickey Wu yang berasal dari Taiwan untuk firma Spring Pool Glass yang mengitar semula kaca. Terdapat ruang khas pada bahagian atas hanya untuk bebola bubble tea. Ini membolehkan minuman diminum tanpa menggunakan straw. Ruang khas ini boleh ditanggalkan sekiranya ingin digunakan untuk minuman biasa. Jadi kepada peminat bubble tea, ini ialah peluang anda untuk menjadi kawan Captain Planet.
Source
I am also writing to make you know what a impressive encounter my friend’s girl gained reading through your web page. She learned plenty of pieces, which include what it’s like to possess an amazing helping mood to let most people smoothly know several impossible subject matter. You truly exceeded our own expectations. Thank you for offering these invaluable, safe, explanatory and even fun tips about this topic to Julie.