Gol Penuh Emosi Ighalo Bersama Man Utd Ditujukan Untuk Mendiang Kakaknya

Odion Ighalo menujukan gol pertama yang beliau hasilkan untuk Manchester United kepada mendiang kakaknya.

Penyerang berusia 30 tahun itu sempat mengangkat jersinya, untuk memaparkan t-shirt berwarna putih dengan gambar Mary Atole selepas beliau menjaringkan gol menentang Club Bruges di pertandingan Liga Europa pada awal pagi tadi.

Ighalio turut meletakkan nama kakak kesayangannya itu di atas kasut but yang dipakainya, setelah pemain itu pernah mengaku bergelut menerima berita kematian kakaknya pada Disember lalu.

 

“Saya berasa sangat emosi kerana hakikatnya kakak saya sudah tiada buat selamanya. Saya tidak akan berjumpa lagi dengan dia,” ujar Ighalo.

“Adakala ketika saya bersendirian, saya akan teringatkan kakak, dan terasa seperti ada benda tajamm menusuk di hati.

“Adik kembar saya, Akhere akan memanggil saya, menangis, dan berkata dirinya merindui kakak. Adakala ketika bersendirian, saya juga akan menangis.

“Ia amat memedihkan kehilangan kakak, tetapi saya sentiasa mencuba untuk menjadi seorang lelaki kuat.”

Mary Atole meninggal dunia pada usia 43 tahun selepas rebah di kediamannua di Kanada pada 12 Disember lalu.

Seperti Ighalo, mendiang Mary juga adalah peminat fanatik Manchester United, dan memiliki sebuah gambar yang dibingkaikan memapar dirinya menayrung jersi kelab kesayangannya itu di kediaman mereka.

“Setiap gol yang saya jaringkan dari sekarang sehingga ke akhir karier saya, saya tujukan pertamanya untuk Tuhan, dan juga untuk kakak.

“Saya telah menulis nama kakak pada t-shirt putih yang saya pakai dan kasut but. Saya mahu menunjukkan kepada dunia bahawa kakak sentiasa bersama dengan saya.”

 

Source link
Gol Penuh Emosi Ighalo Bersama Man Utd Ditujukan Untuk Mendiang Kakaknya

Add a Comment

Your email address will not be published.