Google Duo Memperkenalkan “Note” – Fungsi Tulis & Lukis Seakan Mod “Create” Pada Instagram


Google Duo adalah aplikasi panggilan video yang paling Google fokus terhadap pembangunannya. Terdapat banyak fungsi dan ciri menarik hadir pada aplikasi ini. Malah, Google Duo juga hadir dengan sokongan panggilan video melalui web, bagi memudahkan pagi pengguna membuat panggilan video.

“Note” adalah fungsi menghantar tulisan atau lukisan kepada pengguna lain. Konsep fungsi ini adalah cara alternatif untuk berhubung jika mesej yang ingin disampaikan itu adalah pendek dan ringkas. Google menawarkan lapan latar belakang warna berbeza, enam jenis font dan tiga berus untuk melukis. Fungsi ini lebih mirip dengan mod “Create” pada Instagram dan ia hadir untuk kedua-dua platform iOS dan Android.



Google Duo Memperkenalkan “Note” – Fungsi Tulis & Lukis Seakan Mod “Create” Pada Instagram

Add a Comment

Your email address will not be published.