Google I/O 2020 Akan Berlangsung Pada 12 Mei 2020


Google kini telah berkongsi tarikh untuk persidangan pembangun mereka yang akan datang, iaitu Google I/O. Melalui perkongsian pihak Google, mereka mengatakan bakal mengadakan persidangan berkenaan pada 12 Mei 2020 sehingga 14 Mei 2020 kelak.

Kebiasaannya, Google akan memperlihatkan perkembangan perisian dan berkongsi berkaitan sejumlah ciri-ciri baru yang bakal hadir pada sistem operasi Android akan datang.

Disamping itu, Google juga akan menyentuh mengenai penawaran sejumlah perkhidmatan mereka yang lain, termasuk Chrome OS dan sebagainya. Sebelum ini, kita turut telah melihat Google mengumumkan Pixel 3A dan Pixel 3A XL pada acara Google I/O yang lepas.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 12 Mei ini untuk melihat kejutan yang disediakan oleh pihak Google untuk tahun ini.



Google I/O 2020 Akan Berlangsung Pada 12 Mei 2020

Add a Comment

Your email address will not be published.