Google Menerangkan Kenapa Aplikasi Dan Perkhidmatan Mereka Tiada Pada Model Baru Peranti Huawei


Sejak daripada tahun lepas, kerajaan Amerika Syarikat telah menyenarai-hitamkan pihak Huawei, sekaligus membuatkan pelbagai syarikat di Amerika Syarikat untuk dilarang berkolaborasi bersama Huawei. Perkara ini turut membuatkan pelbagai model telefon pintar terbaru Huawei tidak hadir bersama aplikasi dan perkhidmatan Google secara terbina.

Selari dengannya, kini Google mengambil peluang untuk menerangkan kepada pengguna berkaitan situasi ini.

Google mengatakan perundangan Amerika Syarikat kini hanya membenarkan Google untuk bekerjasama dengan Huawei untuk model peranti yang telah dilancarkan kepada umum pada atau sebelum 16 Mei 2019 sahaja.

Google turut menekankan yang mana disebabkan halangan kerajaan, aplikasi dan perkhidmatan Google tidak hadir terbina pada peranti Huawei terbaru yanng dilancarkan selepas 16 Mei 2019.

Halangan ini juga membuatkan peranti Huawei terbaru tidak dapat melalui proses semakan sekuriti, sekaligus tidak menerima pensijilan Play Protect. Hal ini sekaligus membuatkan tiada aplikasi dan perkhidmatan Google hadir pada peranti berkenaan.

Pihak Google turut menekankan yang mana aplikasi Google yang di-sideload pada peranti berkaitan tidak akan berjalan dengan lancar, selain turut membuatkan sekuriti peranti berkenaan terancam. Google mengatakan memasang aplikasi dan perkhidmatan mereka secara sideload membawa kepada ancaman sekuriti pada peranti berkenaan – yang mungkin memberikan kesan kepada sekuriti pengguna peranti berkenaan.

Buat masa ini, Huawei sendiri menyediakan Huawei Mobile Services yang berfungsi sebagai alternatif untuk perkhidmatan Google – namun penawaran aplikasi masih belum menyeluruh seperti di Play Store.



Google Menerangkan Kenapa Aplikasi Dan Perkhidmatan Mereka Tiada Pada Model Baru Peranti Huawei

Add a Comment

Your email address will not be published.