Grab Memperkenalkan Ciri Grab Health Untuk Pasaran Indonesia


Di Malaysia, Grab dikenali sebagai sebuah syarikat perkhidmatan seru-pandu dan penghantaran makanan yang digunakan oleh orang ramai.

Di Indonesia, Grab dilihat memperkenalkan pelbagai jenis perkhidmatan lagi, dan terkini, mereka baru sahaja dilihat mengumumkan perkhidmatan terbaru mereka, iaitu Grab Health.

Menurut jurucakap Grab, ciri ini akan membolehkan pengguna untuk bukan sahaja mendapatkan nasihat doktor mengenai sebarang isu kesihatan yang mungkin mereka hadapi, tetapi juga untuk mendapatkan pemandu Grab untuk membeli dan menghantar ubat-ubatan kepada pesakit, disamping memperkenalkan pelbagai artikel mengenai kesihatan kepada pengguna aplikasi Grab.

Buat masa ini, ciri ini masih berada didalam fasa beta, dan hanya sekitar 10 peratus daripada pengguna Grab di Indonesia mendapat akses kepada ciri ini. Jurucakap tersebut juga berkata bahawa terdapat kemungkinan bahawa ciri ini akan diperkenalkan pada bulan November kelak.



Grab Memperkenalkan Ciri Grab Health Untuk Pasaran Indonesia

Add a Comment

Your email address will not be published.