Haneesya Hanee Kini Bergelar Penyanyi Rap, Kolaborasi Bersama Bimasakti

Siapa sangka rezeki pelakon dam model Haneesya Hanee, kini bergelar penyanyi rap pula apabila berkolaborasi bersama band Bimasakti menerusi single Mengejar Mimpi.

BACA : Guna Ayat Terakhir Mendiang Sulli Untuk Deactivate Twitter, Haneesya Hanee Dikecam Netizen

“Saya sendiri tak pernah terfikir akan menjadi penyanyi rap. Rujukan dan inspirasi saya ialah Nicki Minaj, Cardi B dan Mimifly yang memang hebat dalam lagu rap,” katanya kepada Harian Metro.

Haneesya mendakawa itu adalah keputusan sukar buatnya untuk bersetuju, namun selepas berbincang dengan ibunya dan anggota Bimasati pun menyokong membuatkan dia menerima pelawaan mereka.

“Pada awalnya, mereka inginkan saya menyanyi dalam lagu itu tetapi kemudian dimaklumkan saya perlu menyanyikan rap,” – Haneesya.

Bimasakti yang dianggotai Hazrul selaku vokalis, Jim (pemain gitar) dan Am (pemain dram) memuji kemampuan nyanyian Haneesya dalam lagu baru itu dan memberitahu proses rakaman tidak memakan masa yang lama.

The post Haneesya Hanee Kini Bergelar Penyanyi Rap, Kolaborasi Bersama Bimasakti appeared first on TEHPANAS.

Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.