Honor 9X Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi


Honor sebelum ini telah pun membawa masuk telefon pintar Honor 9X secara rasminya pada penghujung tahun lepas. Kini, selain variasi biasa, Honor Malaysia turut dalam perancangan untuk memperkenalkan Honor 9X Pro secara rasminya untuk pasaran tempatan.

Honor 9X Pro hadir dengan penawaran lebih berkuasa berbanding variasi Honor 9X.

Honor 9X Pro menggunakan skrin 6.59-inci dengan kamera pop-naik, dijana cip Kirin 810, dan bateri berkapasiti 4000mAh.

Untuk rakaman gambar, Honor 9X Pro dijangka menyertakan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel, dan kamera swafoto yang diposisikan pada bahagian pop-naik.

Pihak Honor Malaysia telah mula mengacah kehadiran peranti ini melalui media sosial mereka, sekaligus menandakan pelancarannya di Malaysia adalah semakin dekat.



Honor 9X Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Add a Comment

Your email address will not be published.