Honor Turut Melancarkan Honor Magic Watch 2 – Kirin A1, 14 Hari Bateri & Boleh Dibawa Berenang


Honor Magic Watch mula diperkenalkan pada tahun lepas dan telah memasuki pasaran Malaysia pada bulan Januari tahun ini. Ia adalah jam tangan pintar dengan cip pemproses serta sistem operasi tersendiri. Kemudian, harga jualan juga adalah amat berbaloi dan mempunyai prestasi yang unik.

Hari ini bersama-sama dengan pelancaran Honor V30 & V30 Pro, Honor turut melancarkan Honor Watch Magic 2. Ia dijana dengan cip pemproses Kirin A1, masih menggunakan sistem operasi tersendiri dan mempunyai bateri sehingga 14 hari. Tidak cukup dengan itu, Honor Magic Watch 2 turut mempunyai perlindungan kalis air 5ATM dan menyokong untuk dibawa berenang. Oleh yang demikian, Honor menyertakan sistem SWOLF untuk membaca data berenang. Sudah tentu untuk tujuan bersukan, GPS dan GLONASS disertakan.

Untuk skrin, Honor menawarkan dua saiz 1.4″ dan 1.2″ dengan saiz kerangka 46mm atau 42mm. Skrin adalah dari panel AMOLED dengan resolusi 454p x 454p atau 390p x 390p. Harga jualan adalah 1099 Yuan (~RM653) untuk versi 42mm (Agate Black), 1,199 Yuan (~RM712) untuk 46mm (Charcoal Black), kemudian akhir sekali warna Flax Brown & Sakura Gold yang bersaiz 46mm dijual pada 1,399 Yuan (~RM831.)

Pihak Honor Malaysia juga turut mengesahkan yang, Honor Magic Watch 2 turut akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.



Honor Turut Melancarkan Honor Magic Watch 2 – Kirin A1, 14 Hari Bateri & Boleh Dibawa Berenang

Add a Comment

Your email address will not be published.