Huawei Akan Membuat Penghantaran Terus Ke Rumah Untuk Pembelian Mate XS


Huawei Mate Xs adalah peranti dengan skrin boleh lipat terbaru dari Samsung. Seperti Galaxy Fold, ia juga menggunakan skrin yang diperbuat daripada plastik dan bukannya kaca seperti Galaxy Z Flip. Mate Xs sudah pun boleh ditempah di Malaysia dengan tanda harga RM11,111. Setiap pembelian Mate Xs ini, Huawei turut akan memberi kerangka kulit serta set fon telinga nirwayar sebenar FreeBuds 3.

Hanya untuk Mate Xs ini, Huawei menyediakan perkhidmatan penghantaran VIP yang mana, Huawei akan terus menghantar ke rumah pembeli. Pembeli hanya perlu membeli di laman web rasmi Huawei dan boleh memilih agar peranti ini terus dihantar ke rumah, atau pembeli boleh tetapkan untuk mengambilnya di kedai rasmi Huawei berdekatan. Jika memilih penghantaran ke rumah, wakil Huawei akan tiba ke rumah dengan memakai topeng muka dan membersihkan bungkusan di hadapan pembeli sebelum diserahkan ke tangan.

Ini adalah pertama kali Huawei menawarkan penghantaran seperti ini, kerana ingin memastikan kesihatan dan keselamatan pengguna mereka. Jadi, apa tunggu lagi. Tempah sekarang dan bermula dari 20 Mac, Huawei akan mula menghantar Mate Xs terus ke rumah anda.



Huawei Akan Membuat Penghantaran Terus Ke Rumah Untuk Pembelian Mate XS

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *