Huawei FreeBuds 3 Berwarna Merah Mula Dijual Di Malaysia Pada harga RM679


Huawei melancarkan fon telinga FreeBuds 3 berwarna merah sempena hari kekasih beberapa minggu yang lalu. Hari ini ia akhirnya boleh dibeli oleh pengguna di Malaysia pada harga RM679 sebuah.

Perubahan hanya terletak pada warna fon telinga dan juga pod penyimpan merangkap pod pengecas. Ia masih hadir dengan sistem pembatalan hingar aktif, kemampuan kalis air dan pengecasan secara nirwayar. Dengan sekali caj FreeBuds 3 dapat beroperasi sehingga 4 jam atau 20 jam dengan penggunaan pod pengecas. Di dalam ulasan kami, FreeBuds 3 ialah fon telinga nirwayar yang terbaik untuk digunakan pemilik peranti Huawei.

Baca – Ulasan Huawei FreeBuds 3 – Fon telinga nirwayar pilihan pemilik peranti Huawei



Huawei FreeBuds 3 Berwarna Merah Mula Dijual Di Malaysia Pada harga RM679

Add a Comment

Your email address will not be published.