Huawei P40 Akan Dilancarkan Secara Atas Talian Pada 26 Mac Ini


Minggu lepas, prototaip peranti Huawei P40 telah diperlihatkan. Ia memperlihatkan penggunaan kamera belakang dengan empat sensor – dimana ia turut menyertakan sensor ToF dan juga sensor untuk zum. Seperti siri-P sebelum ini, Huawei dijangka akan terus memfokuskan kepada sokongan kamera. Huawei turut dijangka melengkapkan peranti ini dengan Huawei AppGallery untuk akses ke aplikasi. Kemudian, spesifikasi kamera Huawei P40 Pro pula telah tertiris.

Ini memberi petanda yang tarikh pelancaran sudah semakin hampir. Akhirnya hari ini, Huawei telah mengumumkan yang peranti P40 dan P40 Pro akan dilancarkan pada 9 malam, 26 Mac 2020. Seperti peranti-peranti Huawei siri-P sebelum ini, acara pelancaran ini akan diadakan di Perancis. Cuma pada tahun ini, atas kerisauan wabak Covid-19 – acara pelancaran ini akan diadakan secara atas talian sepenuhnya.

Setiap kali siri-P dilancarkan, ia akan memegang takhta pertama dalam carta DXOMark. Sekarang, Oppo Find X2 Pro memegang carta tersebut. Mampukah Huawei bersaing dengan Oppo? Menurut laporan, kamera utama akan menggunakan sensor 52MP Sony IMX700 1/1.28″ RYYB digandingkan dengan lensa ultra-lebar 40MP Sony IMX608 1/1.5″ RGB, sistem zum teleskop sehingga 10X , kamera 3D ToF dan akhirn sekali sebuah sensor yang mengesan suhu warna. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.



Huawei P40 Akan Dilancarkan Secara Atas Talian Pada 26 Mac Ini

Add a Comment

Your email address will not be published.