Huawei P40 Bakal Dilancarkan Sekitar Mac 2020 – Mungkin Tidak Menyertakan Perkhidmatan Google


Huawei CEO Richard Yu kini dilihat telah berkongsi beberapa perancangan akan datang mereka melalui sebuah temuramah khas, termasuk berkongsi berkaitan dengan Huawei P40 dan Huawei P40 Pro yang dinantikan ramai peminat Huawei.

Melalui perkongsian beliau, Huawei dijangka memperkenalkan Huawei P40 dan Huawei P40 Pro pada sebuah acara Mac 2020 kelak, di Paris.

Buat masa ini, spesifikasi dan penawaran yang akan dibawakan masih menjadi tanda tanya. Dengan fokus terhadap fotografi, kita boleh melihat kualiti rakaman yang lebih ditambah-baik – dan mungkin dilengkapi cip Kirin 990.

Seperti Mate 30 sebelum ini, Huawei dijangka menyertakan sistem operasi berasaskan Android dengan antaramuka EMUI. Huawei juga dijangka akan menyertakan Huawei Mobile Services sebagai ganti kepada Google Mobile Services pada peranti berkenaan.

Buat masa ini, Mate 30 telah dipasarkan di Malaysia dengan perkhidmatan HMS – dan dilihat masih ramai yang mendapatkannya untuk digunakan. Dengan Huawei sendiri yang berusaha keras dalam menarik lebih ramai pembangun, sama-sama kita berharap agar ekosistem berkenaan menawarkan pengalaman lebih baik dalam setahun dua ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut berkenaan Huawei P40 ini dalam bulan-bulan akan datang.



Huawei P40 Bakal Dilancarkan Sekitar Mac 2020 – Mungkin Tidak Menyertakan Perkhidmatan Google

Add a Comment

Your email address will not be published.