Huawei & Xiaomi Akan Menggunakan Skrin Boleh Lipat OLED Dari Samsung


Tidak dinafikan yang peranti dengan skrin boleh lipat masih berada di fasa awal dan tidak stabil. Lihat sahaja Huawei Mate X, ditangguhkan, Galaxy Fold juga sebelum dijual menghadapi pelbagai masalag serius dan Xiaomi pula dengan Mi MIX Alpha sehingga hari ini masih tiada tarikh jualan. Panel skrin OLED boleh lipat ini adalah teknologi baru dan boleh dikatakan masih belum sedia digunakan secara meluas.

Tetapi Samsung membuktikan yang ianya sudah bersedia, kerana Galaxy Fold laris terjual. Oleh yang demikian, Samsung dilaporkan akan menjadi pembekal skrin OLED boleh lipat untuk Huawei dan Xiaomi. Huawei pada asalnya menggunakan panel skrin dari LG dan BOE, namun atas keinginan kualiti dan kuantiti yang terjamin – Samsung adalah pilihan mereka.

Xiaomi pula pada awalnya menggunakan panel skrin dari Vision Oak. Namun atas pelbagai masalah, perubahan rekaan dan jualan yang ditangguhkan – Vision Oak dilihat tidak dapat menampung kehendak Xiaomi. Jadi pada tahun ini, jika Xiaomi dan Huawei hadir dengan peranti boleh lipat (Xiaomi Mi MIX Alpha dikira sebagai peranti boleh lipat, tetapi tidak boleh dibuka) – panel skrin yang akan digunakan berkemungkinan besar adalah dari Samsung.

Tahun 2020 baru sahaja bermula dan masih banyak masa lagi untuk pelbagai syarikat hadir dengan kejutan. Sama-sama kita nantikan.



Huawei & Xiaomi Akan Menggunakan Skrin Boleh Lipat OLED Dari Samsung

Add a Comment

Your email address will not be published.