Huawei Y9s Dengan Sokongan Perkhidmatan Google Bakal Ke Malaysia Tidak Lama Lagi


Huawei sebelum ini telah pun menawarkan Huawei Mate 30 yang hadir dengan Huawei Mobile Services – sekaligus membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai pengenalan peranti baru lain yang akan datang.

Menariknya, kini ia kelihatan Huawei masih tidak melupakan penawaran peranti dengan sokongan Google Mobile Services. Terbaru, Huawei dalam perancangan untuk memperkenalkan Huawei Y9s untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Huawei Y9s

Huawei Y9s hadir dengan penawaran lebih kurang seperti Honor 9X baru-baru ini. Ia menggunakan skrin 6.59-inci, dilengkapi rekaan kamera pop-naik, selain penggunaan tri-kamera belakang dengan kamera utama 48-megapixel.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi Huawei Y9s untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui.



Huawei Y9s Dengan Sokongan Perkhidmatan Google Bakal Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Add a Comment

Your email address will not be published.