IDC: Apple Masih Menerajui Pasaran Global Peranti Boleh-Pakai


Tidak dinafikan yang Apple Watch adalah jam tangan pintar terbaik yang wujud di dunia ini. Ia adalah satu-satunya peranti boleh pakai dari Apple dan Apple berjaya mengambil hati ramai orang untuk jam tangan mereka ini. Kehebatannya terbukti, apabila saya yang masih menggunakan Apple Watch Series 3 – ia masih beroperasi dengan baik dengan prestasi yang memuaskan.

Terkini, IDC telah mengeluarkan laporan untuk pengeluaran dan jualan peranti boleh pakai untuk suku keempat tahun 2019. Apple dilihat mengetuai dengan pasaran peranti boleh pakai tertinggi. Produk-produk Apple ini termasuklah Apple Watch, AirPods dan AirPods Pro. Apple telah memasarkan sebanyak 43.4 juta produk sepanjang suku keempat 2019. Walau bagaimanapun, pasaran Apple Watch sedikit merudum dengan 5.2% tahun demi tahun kerana tidak dapat memenuhi permintaan.

Xiaomi pula berada di tangga kedua dengan berjaya memasarkan 12,8 juta produk peranti boleh pakai pada suku keempat 2019. 9.4 juta adalah untuk gelang tangan pintar mereka. Berbanding dengan tahun 2018, set fon telinga mereka lebih tinggi dipasarkan.

Tempat ketiga adalah Samsung dengan sokongan jualan daripada pelbagai jenama di bawah mereka seperti JBL dan Infinity. Disebabkan kejayaan jam tangan pintar Galaxy Active dan Active 2 juga Samsung berjaya mencapai ke tangga ketiga ini. Huawei, walaupun ada masalah dengan Amerika Syarikat – pasaran peranti boleh pakai mereka meningkat dengan keseluruhan pasaran adalah 63.4%. Seperti Xiaomi juga, Huawei banyak memasarkan gelang tangan pintar. Antaranya adalah Huawei Watch G2, jam untuk kanak-kanak dan juga set fon telinga nirwayar mereka.

Fitbit berada di tangga terakhir. Ini mungkin kerana harga jualan premium mereka. Menurut IDC, Fitbit lebih bergantung kepada jumlah jualan penjejak kesihatan mereka. Walau bagaimanapun, jam tangan pintar mereka Versa 2 dan Versa Lite berjaya dipasarkan sehingga 6 juta unit.

Walaupun peranti boleh pakai Apple terhad, Apple masih berjaya menjadi nombor satu berbanding pesaing. Kenapa syarikat lain yang ada pelbagai jenis produk tidak dapat menandingi Apple? Ini jelas yang Apple memfokuskan kualiti bukannya kuantiti.



IDC: Apple Masih Menerajui Pasaran Global Peranti Boleh-Pakai

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *