Indonesia mahu perkenalkan khidmat urutan besarkan zakar sebagai strategi pelancongan


Setiap negara mempunyai keunikannya tersendiri dan begitu juga dengan Malaysia. Di Malaysia kaya dengan kepelbagaian makanan dan pulau yang indah, manakala Thailand juga terkenal dengan makanan pedas dan night market.

Sementara itu di Indonesia juga mahu memperkenalkan urutan (mak erot) memperbesarkan alat sulit lelaki sebagai salah satu dari strategi pelancongan mereka. 

Menurut laporan Malay Mail, Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto, telah mengumumkan bahawa Indonesia harus mula memanfaatkan urutan tersebut. 

Menterinya juga berkata, urutan itu adalah aset negara yang berpotensi tinggi untuk menarik kedatangan pelancong luar. 

Selain itu katanya, Indonesia patut mempopularkan ubat tradisional kerana mereka mempunyai industri herba yang luar biasa, yang tidak diketahui sesiapa. 

Menjelaskan lebih lanjut katanya, Tongkat Ali, Purwaceng (sesuatu yang sama seperti viagra) dan Mak Erot mempunyai banyak potensi untuk meningkatkan pelancongan perubatan. 

“Kalau kita buat dengan betul, orang asing pasti akan berminat,” katanya. 

Beliau turut membangkitkan urutan ‘kerok’ di mana mereka menggunakan duit syilling untuk mengurut bahagian belakang badan yang disapu dengan minyak urut. Kaedah itu boleh melancarkan peredaran darah dan oksigen. 

“Terdapat banyak lagi keistimewaan budaya yang ada yang boleh dimanfaatkan kerana kita tidak melihat kelebihannya, tetapi bagi orang luar ia adalah sesuatu yang menarik,” katanya. 



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.