Ini Ialah Aksesori Lampu Flash Pertama Yang Melepasi Piawaian MFI


Menerusi program Made For iPhone (MFi), pengguna dapat mengetahui sama ada aksesori yang dibeli sesuai digunakan pada peranti iOS milik mereka. Pada awalnya ia digunakan pada pengecas dan kabel tetapi kini dikembangkan kepada aksesori fotografi seperti lensa kamera. Terkini Anker telah mengumumkan aksesori lampu flash pertama yang melepasi piawaian MFi.

Lampu flash berbentuk kiub ini disambung terus pada port Lightning dan boleh digunakan pada iPhone 11 Pro Max, 11 Pro dan 11. Dengan sekali caj ia boleh digunakan sehingga 10,000 kali. Kerana melepasi standard MFi, ia akan menyala apabila gambar diambil menggunakan aplikasi kamera iPhone atau aplikasi kamera pihak ketiga. Menurut Anker, lampu kamera ini empat kali ganda lebih terang dan mempunyai jarak dua kali ganda lebih jauh berbanding lampu flash yang digunakan pada iPhone 11.

Ia akan dijual pada harga $49.90 (~RM206) sebuah pada bulan hadapan lengkap dengan sebuah diffuser yang boleh ditanggalkan.



Ini Ialah Aksesori Lampu Flash Pertama Yang Melepasi Piawaian MFI

Add a Comment

Your email address will not be published.