Ini Ialah Fon Telinga Terkini Samsung Galaxy Buds+


Awal bulan ini mula kedengaran ura-ura Samsung akan melancarkan model kemas kini untuk fon telinga nirwayar Galaxy Buds. Hari ini imej pertama fon telinga yang diberi nama Galaxy Buds+ akhirnya ditemui oleh XDADevelopers menerusi aplikasi terkini Samsung SmartThings.

Imej animasi untuk Galaxy Buds+ telah ditemui oleh mereka. Nampaknya tiada perbezaan dilakukan pada rekaan pod pengecas mahupun fon telinga berbanding Galaxy Buds asal. Tetapi penambahbaikan komponen dalaman dipercayai akan memberikan hayat penggunaan yang lebih lama dan sistem pembatalan hingar. Galaxy Buds adalah antara fon telinga nirwayar TWS yang terbaik di pasaran tahun ini.

Di dalam ulasan kami, ketahanan bateri yang kurang sekata adalah antara kekurangan yang nyata. Galaxy Buds+ besar kemungkinan akan dilancarkan serentak dengan Galaxy S11 pada penghujung Februari yang 2020.



Ini Ialah Fon Telinga Terkini Samsung Galaxy Buds+

Add a Comment

Your email address will not be published.