Jangan Dedahkan Anak Kecil Dengan Gajet.


PUBLIC HEALTH MALAYSIA | JANGAN DEDAHKAN ANAK KECIL DENGAN GAJETIbu bapa yang mempunyai anak kecil berusia dua tahun ke bawah disaran untuk tidak mendedahkan mereka dengan gajet seperti telefon pintar, tab, televisyen dan sebagainya.Alasan untuk anak berkenaan tidak menganggu rutin harian yang ibu bapa lakukan sebenarnya mengundang risiko yang lebih buruk.Kajian telah membuktikan bahawa pendedahan skrin gadget menyebabkan gangguan perkembangan dalam pertuturan dan hubungan sosial anak tersebut.Apabila meningkat usia, anak yang didedahkan dengan gajet dari kecil hanya mahu bersendirian, tidak suka bergaul dengan kanak-kanak lain dan akan memberontak jika tidak diberikan gajet tersebut.Justeru, ibu bapa perlu menghadkan penggunaan gajet kepada anak-anak yang masih kecil.Tetapkan peraturan di mana mereka hanya dibenarkan menggunakan gajet ketika menjawab atau membuat panggilan video yang membolehkan mereka berkomunikasi dengan orang lain.

Add a Comment

Your email address will not be published.