Japan Display Dilaporkan Sedang Mempertimbangkan Penjualan Kilang Pembuatan Paparan Peranti Ke Apple Dan Sharp


Japan Display ialah salah sebuah syarikat pembina paparan yang bertanggungjawab untuk skrin-skrin peranti seperti Apple Watch, iPhone dan sebagainya.

Melalui laporan Reuters, syarikat Jepun tersebut dikatakan sedang mempertimbangkan penjualan kilang pembinaan paparan mereka kepada Apple ataupun Sharp, iaitu sebuah lagi syarikat teknologi yang juga bertanggungjawab membuat paparan-paparan skrin untuk peranti Apple.

Apa yang menarik mengenai penjualan ini ialah Reuters turut melaporkan bahawa kilang pembina paparan Japan Display di bandar Hakusan di Ishikawa, Jepun dibina menggunakan wang Apple sebanyak $1.5 bilion dan Japan Display dikatakan masih mempunyai hutang tertunggak sebanyak $800 juta sejak ia lengkap empat tahun yang lalu.

Buat masa ini, pihak Japan Display masih lagi belum memutuskan siapakah akan membeli kilang tersebut, tetapi menurut laporan Asahi Shimbun pula, Sharp nampaknya berminat untuk membelinya. Japan Display turut dilaporkan mahu menjual kilang tersebut untuk harga $730 juta ke $820 juta.



Japan Display Dilaporkan Sedang Mempertimbangkan Penjualan Kilang Pembuatan Paparan Peranti Ke Apple Dan Sharp

Add a Comment

Your email address will not be published.