Johan Cruyff: Arkitek ‘Total Football’ Yang Mencuri Tumpuan Dunia Pada 1974

Johan Cruyff merupakan individu yang menjadi tumpuan dunia bola sepak pada era 1970an. Beliau adalah penyerang utama pasukan Belanda, beliau lebih dikenali sebagai konduktor dan pendukung utama ‘total football’.

Nama penuh sebenar ialah Johan ialah Hendrik Johannes Cruijff dan dilahirkan pada 25 April 1947 di Amsterdam. Beliau berasal daripada keluarga kelas pekerja.

Selain daripada Ajax dan Barcelona, Cruyff adalah tulang belakang kepada falsafah ‘total football’ Belanda yang popular di Piala Dunia 1974.

Asal usul falsafah ‘Total Football’

Pada ketika Ajax berjaya menawan eropah suatu masa dahulu, individu yang menginspirasikan kehebatan Cruyff dan Ajax, tidak lain dan tidak bukan ialah Rinus Michels

Michels melatih Ajax dari 1965-1971 sebelum bergelar pengendali skuad kebangsaan Belanda pada 1974.

Ada sebab mengapa Cruyff digelar arkitek ‘Total Football’. Walaupun Michels adalah pelopor kepada falsafah ‘Total Football’, namun beliau gagal merealitikan corak permainan tersebut, sehinggalah beliau ditemukan dengan Cruyff.

 

Michels dan Cruyff turut bergandingan di Barcelona pada tahun 1973 dan meninggalkan legasi ‘total football’ di gergasi Catalan tersebut sehingga ke hari ini.

Cruyff sendiri turut menjadi pembimbing Barcelona pada 1988-1996, kemudiannya terus merevolusikan falsafah ‘total football’ Michels sehinggalah ia dikenali sebagai ‘tiki-taka’ pada hari ini.

‘Tiki-taka’ yang popular ketika era Pep Guardiola adalah kesinambungan daripada falsafah ‘total football’ yang dicetuskan oleh Michels dan Cruyff satu masa dahulu.

Analisis: Apakah falsafah dan formasi ‘total football’?

Bagaimana ‘total football’ harus dimainkan? Apakah formasi untuk mengamalkan falsafah ‘total football’?

Selain daripada Ajax, DNA ‘total football’ boleh disaksikan di pentas antarabangsa melalui pasukan kebangsaan Belanda ketika Piala Dunia 1974.

Ramai mengatakan formasi ‘total football’ ialah dengan formasi 10!  Ia bermaksud 10 pemain yang bergerak bebas di atas padang dan mempunyai keupayaan mengambil posisi yang ditinggalkan rakan sepasukan demi memastikan ‘fluidity’ pasukan ketika melakukan serangan secara spontan.

Jika pasukan Belanda pada 1974 dijadikan rujukan, total football sebenarnya dimainkan dengan formasi 4-3-3. Sistem ini dilihat memiliki bahagian tengah yang agak konvensional – seorang defensive midfielder, seorang box-to-box, seorang No.10/playmaker.

Win Jansen adalah pemain yang gemar melakukan terjahan. Johan Neeskens adalah pemain yang akan berlari ke setiap sudut. Manakala Willem van Hanegem adalah pemain yang akan membuat hantaran dan lorongan maut (killer/penetrative passes).

Bahagian serangan pula terdiri daripada 2 pemain penyerang yang berposisi di ‘wide area’ iaitu Johnny Rep dan juga Rob Rensenbrink. Johan Cruyff pula akan memainkan peranan sebagai pemain No.9.

Antara komponen terpenting dalam falsafah taktikal 4-3-3 ‘total football’ di dalam pasukan Belanda ini ialah setiap ahli pasukan selesa ketika bola berada di kaki.

Pemain bek Belanda pada ketika itu, Wim Suurbier dan Ruud Krol turut aktif dalam membantu gerakan menyerang pasukan – sama seperti yang dipamerkan oleh modern fullback pada hari ini.

Begitu juga pemain pertahanan tengah seperti Arie Haan yangsering kali ke hadapan untuk mengisi bahagian tengah pasukan – ibarat ball playing centre back.

Kebolehan pemain mengisi posisi yang pelbagai ketika dalam permainan adalah asas kepada ‘total football’ skuad Belanda pada 1974 ini.

Cruyff mempunyai peranan yang amat istimewa dalam sistem ini. Di atas kertas, beliau sememangnya seorang No.9. Namun Cruyff akan berada di mana sahaja bergantung kepada permainan dan aliran bola.

Ini menjadikan permainan Belanda mempunyai ‘fluidity’ yang tinggi. Rakan sepasukan Cruyff akan menuju ruang yang dicipta oleh Cryuff – hasil kelincahan dan skil individu yang dimiliki oleh beliau.

Disebabkan itu, Neeskens dan Rep mampu menjaringkan banyak gol, selepas menerima hantaran atau mengeksploitasi ruang yang dicipta oleh Cruyff.

Formasi 4-3-3 berfalsafahkan total football ini adalah inovasi Rinus Michels. Sebelum 4-3-3, Michels menggunakan formasi 4-2-4.

Dengan kebolehan dan kebijaksaan luar biasa mencari ruang yang dimiliki oleh Cruyff, ia membenarkan Michels mengubahsuai taktikalnya kepada 4-3-3 pada 1970.

Menariknya sistem ini hanya diadaptasikan kepada pasukan kebangsaan Belanda beberapa minggu sebelum sepak mula Piala Dunia 1974.

Rumusan

Piala Dunia 1974 menyaksikan ‘total football’ yang dipersembahkan oleh Belanda adalah yang paling lengkap dan diperkatakan dari generasi ke generasi sehingga ke hari ini.

Ia amat mementingkan taktikal daripada formasi, mempunyai garisan offsaid yang tinggi, permainan ‘pressing’ berintensiti tinggi, dan kekerapan pertukaran posisi yang memerangkap lawan.

Namun Cruyff dan Belanda berputih mata di perlawanan akhir 1974 itu. Pemain pertahanan Jerman Barat, Berti Vogts diarahkan untuk melakukan ‘man marking’ terhadap Cruyff dan berjaya mematikan langkah Cruyff dalam perlawanan itu.

Ada juga yang berkata keyakinan diri yang terlampau tinggi mengagalkan Cryuff dan Belanda. Jerman bangkit selepas ketinggalan 1 gol untuk memenangi perlawanan akhir tersebut dengan jaringan 2-1.

Source link
Johan Cruyff: Arkitek ‘Total Football’ Yang Mencuri Tumpuan Dunia Pada 1974

Add a Comment

Your email address will not be published.