“Kami Ada Cara Nak Ugut DAP,” – RORA Ketawa Dengan Tulisan WhatsApp Pegawai Menteri.


Oleh : Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – HadithSaya telah dihubungi oleh beberapa wakil dari Amanah sejak semalam lagi, meminta agar saya cool down seketika dan jangan terus menulis untuk menghentam mereka. Saya katakan saya tidak memulakan serangan terbaru ini, sebaliknya orang PH yang mulakan serangan terhadap saya dan saya hanya mempertahankan diri saya.Saya jelaskan jika mahukan saya cool down, pihak yang buat cerita tentang saya perlu menarik semula tuduhan terhadap saya. Jika masih berterusan, maka saya terpaksa berterusan membela diri saya. Tambahan pula, ianya datang dari seorang pegawai menteri. Saya tidak pasti adakah dia mendapat restu dari menterinya dan pimpinan Amanah yang mungkin kini menganggap saya sebagai pihak lawan? Apatah lagi ini bukanlah kali pertama tulisan seumpama ini ditujukan terhadap saya.InsyaAllah saya sudi membeli jika mereka benar-benar mahu menjual.Hari ini saya tengok pegawai khas menteri ini buat hal lagi. Perbincangan dalaman dibawa keluar di luar konteks seolah-olah saya memang mahu memperlekehkan orang lain. (Rujuk Printscreen 1) Ingin saya jelaskan latar belakang ayat saya sewaktu saya menulis perkara ini kepadanya.  Saya jelaskan seperti berikut:1. Pertikaian antara kami bermula apabila isu Dr Zakir Naik menjadi hangat. Beberapa cadangan dan teguran saya kapada PH dijawab oleh pegawai khas ini dengan ayat:”Jangan dictate kami kena buat itu atau ini. Kami tau cara, masa dan tempat lebih daripada antum (kalian)”Kemudian beberapa wakil amanah menghubungi saya untuk mengadakan pertemuan antara dia dan saya. Saya menolak dengan baik cadangan itu kerana daripada ayat di atas menunjukkan tidak ada manfaat besar untuk saya berjumpa orang yang mengakui lebih tahu dari saya dan tidak mahu diajar apa lagi. Dengan pakej kesombongan dan keterbatasan kuasa si pegawai khas menteri itu, saya lebih selesa bertemu dengan orang yang tidak sombong dan bongkak serta mempunyai autoriti untuk membuat keputusan.2. Mengapa saya bangkitkan isu tajuk thesis? Ianya kerana dialah yang mula membangkitkan isu tersebut (lihat printscreen 2 di bawah). Lalu saya membalas, jika thesis mufti Perlis tidak melayakkan beliau bercakap isu BMF, apa pula kelayakan menteri agama nak cakap isu maqasid dan lain-lain isu besar negara jika thesisnya berkisar tentang PAS Melaka? (Rujuk Printscreen 3)  Oleh kerana mengikut logika pegawai khas ini, saya dengan ikhlasnya mencadangkan menteri agama menjadi YDP PAS Melaka kerana ia lebih bersesuaian dengan tajuk thesisnya. Tetapi sedari awal saya sebutkan kepada beliau bahawa saya tidak suka membanding-bandingkan sijil orang tetapi apabila beliau yang memulakannya maka saya melazimkan beliau sesuai dengan sikapnya sendiri.Anehnya, apabila saya menyebutkan tajuk thesis menteri agama, tiba-tiba dia beranggapan saya merendah-rendahkan menteri. Dah kenapa? Hinakah tajuk thesis menteri agama itu? Kalau orang lain menyebut tajuk thesis pun sudah membuatkan dirinya terasa terhina, tidakkah itu sebenarnya disebabkan oleh dirinya sendiri yang memilih tajuk sedemikian untuk dijadikan sebagai thesis? Soalan itu hanya boleh dijawab oleh pegawai tugas-tugas khas menteri agama.Kalau menyebut tajuk thesis pun dah rasa merendahkan maafkan saya, saya tidak tahu.3. Berkenaan dengan gagasan salafi atau wahabi yang beliau minta dalam status FB terbarunya, saya cadangkan beliau bacalah kitab-kitab Manhaj al-Talaqqi wa al-Istidlal yang sudah banyak ditulis. Saya bukan menteri yang perlu kepada slogan atau gagasan. Manakala gagasan RLA ini gagasan kerajaan, maka perbaiki penjelasannya kepada rakyat kerana berdasarkan respon yang saya terima, ramai di kalangan masyarakat yang masih belum memahaminya.4. Dalam group whatsapp kami, saya dan beliau pernah berbahas. Pegawai Khas ini pernah menulis:In sha Allah kami ada caranya nak ugut DAP.Saya katakan : izinkanlah saya ketawa seketika.Haha. Sekian ketawa saya, terima kasih.

Add a Comment

Your email address will not be published.